Antarabangsa
Larangan wanita Afghanistan bekerja, PBB dipaksa buat ‘pilihan mengecewakan’
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipaksa membuat ‘pilihan mengecewakan’ sama ada untuk meneruskan operasi di Afghanistan selepas kerajaan Taliban melarang wanita bekerja untuk badan dunia itu.

- PBB dipaksa membuat ‘pilihan mengecewakan’ sama ada untuk meneruskan operasi di Afghanistan selepas kerajaan Taliban melarang wanita bekerja untuk badan dunia itu.
- Larangan itu dikatakan melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam PBB dan atas sebab itu, pertubuhan berkenaan tidak dapat mematuhinya.
- “Melalui larangan ini, pihak berkuasa de facto Taliban berusaha memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membuat pilihan yang mengecewakan,” kata PBB dalam satu kenyataan minggu ini.
- Setakat ini, pihak berkuasa Taliban tidak mengeluarkan sebarang penjelasan atau alasan untuk larangan dikenakan terhadap PBB itu.
KABUL – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipaksa membuat ‘pilihan mengecewakan’ sama ada untuk meneruskan operasi di Afghanistan selepas kerajaan Taliban melarang wanita bekerja untuk badan dunia itu.
Pihak berkuasa Taliban mengenakan sekatan ke atas wanita Afghanistan sejak berkuasa di Afghanistan pada 2021, termasuk melarang wanita melanjutkan pengajian tinggi dan bekerja di sektor kerajaan.
Disember lalu, mereka melarang wanita Afghanistan bekerja untuk pertubuhan bukan kerajaan dalam dan luar negara dan pada 4 April lalu melanjutkan larangan itu ke pejabat PBB di seluruh negara.
PBB dalam satu kenyataan minggu ini berkata larangan itu “melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam PBB dan atas sebab itu, badan dunia berkenaan tidak dapat mematuhinya”.
“Melalui larangan ini, pihak berkuasa de facto Taliban berusaha memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membuat pilihan yang mengecewakan.
“Antara kekal dan memberikan sokongan kepada rakyat Afghanistan dan berpegang pada norma serta prinsip yang ditetapkan,” kata PBB melalui kenyataan media itu.
AlJazeera melaporkan PBB menggajikan kira-kira 400 wanita Afghanistan di negara itu dengan pekerja tempatan merupakan sebahagian besar daripada tenaga kerja itu.
Penyelaras kemanusiaan PBB di Afghanistan, Ramiz Alakbarov berkata dekri itu melanggar piagam pertubuhan dunia tersebut.
“Adalah jelas sekali bahawa tiada pihak berkuasa boleh memberi arahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu… tentang siapa yang patut diambil bekerja,” katanya.
Sejak larangan itu diumumkan, PBB mengarahkan semua kakitangan Afghanistan, lelaki dan wanita agar tidak melaporkan diri ke pejabat sehingga diberitahu kelak.
Larangan itu mencetuskan kecaman antarabangsa dengan pihak berkuasa Taliban mendapat kritikan teruk.
Setakat ini, Taliban tidak mengeluarkan sebarang penjelasan atau alasan untuk larangan dikenakan terhadap PBB.
Sumber: Facebook Al Jazeera
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak