Connect with us

Terkini

Lesen berkarya, kreativiti naskhah tidak boleh langkaui kebenaran, kesucian agama Islam – Penulis

Lesen berkarya dan kreativiti menghasilkan sesebuah naskhah tidak boleh melangkaui kebenaran serta kesucian agama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Lesen berkarya, kreativiti naskhah tidak boleh langkaui kebenaran, kesucian agama Islam - Penulis
Foto: Penulis skrip, Zabidi Mohamed.
  • “Saya sudah menjangkakan ini akan berlaku dan bersedia untuk disaman. Ini bukan soal saya menentang filem Mentega Terbang, tetapi ia adalah isu menyentuh sensitiviti umat Islam.” – Penulis skrip, Zabidi Mohamed
  • Kelmarin, pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang, Mohd Khairi Anwar Jailani mewakili produksi Mentega Terbang kemukakan notis tuntutan peguam dilantik, Daim & Gamany Advocates & Solicitors bertajuk ‘Fitnah Terhadap Penerbit, Direktor Dan Penulis-Penulis Skrip Filem Mentega Terbang’ dan dihantar kepada Zabidi pada 3 Mac lalu.
  • Notis itu mendakwa penulisan Zabidi adalah tidak benar, berniat jahat dan fitnah, selain bertujuan jejaskan imej, reputasi serta kredibiliti untuk datangkan kutukan dan ancaman.
  • “Bagi filem Mentega Terbang, saya bukan sahaja menonton, tetapi turut meneliti setiap isi tersirat dalam kandungannya. Saya dapati daripada awal hingga akhir mempunyai elemen ‘blasphemy’ ke atas ajaran Islam,” kata Zabidi.

KUALA LUMPUR: Lesen berkarya dan kreativiti menghasilkan sesebuah naskhah tidak boleh melangkaui kebenaran serta kesucian agama Islam.

Prinsip itu menjadi teras perjuangan penulis skrip, Zabidi Mohamed, 60, yang menjadi individu paling lantang bersuara dalam menyentuh isu filem kontroversi, Mentega Terbang didakwa mempunyai pelbagai unsur tidak wajar jadi tontonan umum.

Menegaskan tidak gentar tindakan undang-undang bakal dihadapi, Zabidi yang juga bekas majistret dan peguam tetap tidak bersetuju dengan kandungan filem terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Zabidi berkata, dia tetap berjuang demi memastikan kehormatan agama Islam terpelihara dan berusaha menegakkan panji Islam di Malaysia.

Beliau berkata, tindakannya mengundang rasa tidak senang pihak tertentu, namun, sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Saya sudah menjangkakan ini akan berlaku dan bersedia untuk disaman. Ini bukan soal saya menentang filem Mentega Terbang, tetapi ia adalah isu menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Sekiranya isu ini dipanjangkan ke mahkamah, saya tidak memikirkan soal menang atau kalah. Sebaliknya, saya mahu terus memperjuangkan dan berpegang teguh dengan Islam.

Advertisement

“Demi Allah dan Rasul, saya akan terus menentang perkara ini. Mahkamah akan menjadi medan untuk menegaskan bahawa saya adalah Muslim berpegang kepada tauhid dan kebenaran hanya dengan Islam,” katanya kepada BH Online.

Kelmarin, pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang, Mohd Khairi Anwar Jailani mewakili produksi Mentega Terbang mengemukakan notis tuntutan oleh peguam dilantik, Daim & Gamany Advocates & Solicitors bertajuk ‘Fitnah Terhadap Penerbit, Direktor Dan Penulis-Penulis Skrip Filem Mentega Terbang’ dan dihantar kepada Zabidi pada 3 Mac lalu.

Notis itu mendakwa penulisan Zabidi adalah tidak benar, berniat jahat dan fitnah, selain bertujuan menjejaskan imej, reputasi serta kredibiliti untuk mendatangkan kutukan dan ancaman.

Sehubungan itu, Zabidi diminta memadam kenyataan disifatkan berbaur fitnah, selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

Zabidi yang juga lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Sains Sosial berkata, dia sudah menonton keseluruhan filem dan mendapati mempunyai ciri ‘blashemy’ iaitu menghina, meremeh, merendahkan, melecehkan, memperbodoh dan mempersendakan agama.

“Dalam konteks Islam, ‘blasphemy’ bermaksud mempersenda dan menghina Allah SWT, Rasul, al-Quran dan hadis.

Advertisement

“Bagi filem Mentega Terbang, saya bukan sahaja menonton, tetapi turut meneliti setiap isi tersirat dalam kandungannya. Saya dapati daripada awal hingga akhir mempunyai elemen ‘blasphemy’ ke atas ajaran Islam.

“Jadi, ia boleh dianggap sudah meremehkan hukum Islam, sekali gus mengisytihar perang dengan Allah SWT apabila ada sesiapa cuba menyebarkan elemen yang boleh menggugat akidah ini,” katanya.

Zabidi menjelaskan, apa sahaja perkara yang dilihat mampu menjejaskan reputasi Islam perlu segera dibanteras supaya tidak dinormalisasikan oleh masyarakat.

“Sekiranya senyap, ia boleh timbul lagi pada masa akan datang, akhirnya masyarakat menganggapnya sebagai perkara biasa.

“Isu ini perlu dibanteras dengan sebaik mungkin dan tidak boleh dipandang remeh oleh pihak produksi terutama umat Islam.

“Paling penting, penggiat industri kreatif perlu sentiasa menyatakan bantahan terhadap karya merendahkan kesucian Islam,” katanya.

Advertisement

Ditanya sokongan diterima, Zabidi berkata, pelbagai pihak menghubunginya untuk menghulurkan bantuan.

“Ramai peguam menghubungi saya, malah ada memuat naik dalam media media sosial dengan menyatakan kesediaan membantu.

“Ada juga menawarkan khidmat guaman pro bono (secara percuma), selain memberi kata semangat untuk meneruskan perjuangan ini.

“Saya bersyukur persatuan industri kreatif menunjukkan sokongan dan menyatakan tidak setuju dengan filem menghina Islam,” katanya.

Zabidi berkata, dia sudah menerima notis saman yang menuntutnya memadam kenyataan dalam Facebook, selain diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi yang ditanggung produksi susulan tayangan filem Mentega Terbang ditarik balik di platform Viu pada 27 Februari lalu.

Sejak minggu lalu, filem berdurasi sejam 45 minit menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan agama Islam.

Advertisement

Selain Mohd Khairi, empat lagi individu yang terbabit dalam penghasilan filem Mentega Terbang iaitu Tan Meng Kheng, T Arjun, R Vishnuvarman dan Ti-Teng Hui menafikan sebarang dan semua bentuk dakwaan bahawa filem itu sama sekali berusaha untuk menghujat, mengkufur dan berhasrat untuk mewujudkan budaya murtad dalam kalangan orang Islam seperti didakwa Zabidi.

Zabidi juga perlu memberi maklum balas dalam masa 48 jam dari tarikh notis ini dikeluarkan pada 3 Mac lalu.

Terdahulu, FINAS mendedahkan penerbit filem Mentega Terbang iaitu Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment, tidak memohon Surat Perakuan Penggambaran (SPP) serta tiada lesen pengeluaran filem daripada agensi terbabit dalam menghasilkan naskhah kontroversi itu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilaporkan memanggil penerbit filem Mentega Terbang yang didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang memegang Mazhab Syafie.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending