Connect with us

Antarabangsa

AS umum AS$26 juta bantu pelarian Rohingya di Asia

Amerika Syarikat (AS) mengumumkan dana sebanyak AS$26 juta (RM116 juta) bantuan kemanusiaan baharu untuk pelarian Rohingya di Bangladesh dan tempat lain di rantau Asia.

Wartawan TMT

Published

on

AS umum AS$26 juta bantu pelarian Rohingya di Asia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amerika Syarikat (AS) umum dana sebanyak AS$26 juta (RM116 juta) bantuan kemanusiaan baharu untuk pelarian Rohingya di Bangladesh dan tempat lain di rantau Asia.
  • Ini berikutan kira-kira sejuta anggota komuniti Rohingya kebanyakannya beragama Islam tinggal di kem-kem bantuan daif di Bangladesh, selepas melarikan diri daripada tindakan keras tentera pada 2017 di negara jiran Myanmar.
  • Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, berkata pembiayaan baharu itu membolehkan rakan kongsi kemanusiaan memberikan bantuan menyelamatkan nyawa komuniti terjejas di kedua-dua belah sempadan Myanmar dan Bangladesh.

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan dana sebanyak AS$26 juta (RM116 juta) bantuan kemanusiaan baharu untuk pelarian Rohingya di Bangladesh dan tempat lain di rantau Asia.

Ini berikutan kira-kira sejuta anggota komuniti Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam tinggal di kem-kem bantuan yang daif di Bangladesh, selepas melarikan diri daripada tindakan keras tentera pada 2017 di negara jiran Myanmar.

Tindakan itu menyebabkan berlaku satu krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, berkata pembiayaan baharu itu membolehkan rakan kongsi kemanusiaan terus memberikan bantuan menyelamatkan nyawa kepada komuniti terjejas di kedua-dua belah sempadan Myanmar dan Bangladesh.

Katanya, peruntukan terbaru itu menjadikan sejumlah AS$1.2 bilion (RM5.4 bilion) diperuntukkan AS bagi membantu masyarakat Rohingya sejak Ogos 2017.

Semalam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia memerlukan AS$876 juta (RM3.95 bilion) bagi memenuhi keperluan kemanusiaan Rohingya di Bangladesh, selepas kemerosotan sumbangan memaksa catuan makanan dilakukan.

Bulan lalu, Program Makanan Sedunia (WFP) berkata ia akan mengurangkan nilai bantuan makanannya bagi masyarakat Rohingya daripada AS$12 (RM53) kepada AS$10 (RM44) seorang, mulai bulan ini.

Belanjawan penderma terjejas akibat pandemik, kemelesetan ekonomi dan krisis di seluruh dunia.

WFP merayu pembiayaan segera berjumlah AS$125 juta (RM554 juta) dan memberi amaran mengenai kesan ‘besar dan berpanjangan’ terhadap keselamatan makanan serta pemakanan di kem yang penuh dengan masalah kekurangan zat, di mana lebih satu pertiga kanak-kanak terbantut dan berat badan kurang.

Dua pelapor khas PBB, Michael Fakhri dan Thomas Andrews, memberi amaran mengenai ‘akibat buruk’ daripada kekurangan dana dengan menyatakan tindakan pemotongan itu sebagai ‘tidak wajar’ sejurus sebelum tibanya bulan suci Ramadan, kata agensi hak asasi manusia PBB dalam satu kenyataan. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending