Connect with us

Terkini

Tindakan radikal segelintir umat Islam cetus sentimen Islamofobia

Tindakan radikal segelintir umat Islam seperti melakukan keganasan yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar menjadi antara penyumbang kepada sentimen Islamofobia di seluruh dunia.

Wartawan TMT

Published

on

Tindakan radikal segelintir umat Islam cetus sentimen Islamofobia
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Sesetengah umat Islam sudah menyimpang daripada ajaran Islam sehingga membawa imej dan persepsi negatif kepada agama. – Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Tun Dr Mahathir Mohamad 
  • “Ada yang lari daripada agama, buat benda-benda yang tak disuruh agama, lakukan keganasan, ini bukan cara kita, bukan ajaran Islam.
  • “Malah ada juga kes umat Islam itu sendiri berpecah-pecah, di satu tempat ada terbahagi dua, ini tidak patuh pada ajaran agama,” katanya.
  • “Sebab itu setiap kali kita jumpa orang pun, kita ucapkan ‘peace be upon you’ (Assalamualaikum/selamat sejahtera ke atas kamu), ini cara kita yang sebetulnya, kita tidak boleh lari.” 

Kuala Lumpur: Tindakan radikal segelintir umat Islam seperti melakukan keganasan yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar menjadi antara penyumbang kepada sentimen Islamofobia di seluruh dunia.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sesetengah umat Islam sudah menyimpang daripada ajaran Islam sehingga membawa imej dan persepsi negatif kepada agama.

Bekas perdana menteri itu berkata ia berpunca daripada sifat individu berkenaan melakukan sesuatu dengan tidak berlandaskan syariat Islam.

“Ada yang lari daripada agama, buat benda-benda yang tak disuruh agama, lakukan keganasan, ini bukan cara kita, bukan ajaran Islam.

“Malah ada juga kes umat Islam itu sendiri berpecah-pecah, di satu tempat ada terbahagi dua, ini tidak patuh pada ajaran agama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Dakwah Kebangsaan anjuran Perkim di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, pada asasnya, Islam merupakan agama keamanan serta mengalakkan umatnya agar cintakan kedamaian.

“Sebab itu setiap kali kita jumpa orang pun, kita ucapkan ‘peace be upon you’ (Assalamualaikum/selamat sejahtera ke atas kamu), ini cara kita yang sebetulnya, kita tidak boleh lari,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu menonjolkan diri sebagai golongan yang bertamadun selain menghormati kepercayaan orang lain.

“Jangan kita. Itu contoh tidak menghormati kepercayaan orang lain (tindakan bakar al-Quran oleh ahli politik di Sweden) dan tindakan golongan yang tidak bertamadun malah sengaja mahu bermusuh,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending