Connect with us

Terkini

Ahli politik Muslim punca umat Islam ikuti ritual agama lain

Tindakan segelintir masyarakat Islam hadir perayaan agama lain ketika ritual agama sedang berlangsung berpunca daripada ahli politik Muslim sendiri.

Hidayah Sani

Published

on

Ahli politik Muslim punca umat Islam ikuti ritual agama lain
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tindakan segelintir masyarakat Islam hadir perayaan agama lain ketika ritual agama sedang berlangsung berpunca daripada ahli politik Muslim sendiri.
  • Seorang penulis, Dr. Mohd Aizam Mas’ud mendakwa ini kerana ahli politik Muslim mengatakan hadir ke perayaan agama lain ketika ritual sedang berlangsung tidak sedikit pun mengurangkan keIslaman mereka.
  • Golongan ini beranggapan itulah aqidah yang sahih lagi kukuh, walhal itu adalah irja’ dalam aqidah. 
  • Selagi mana kita gagal menzahirkan kefahaman sebenar agama Islam maka dalam tempoh itulah juga keharmonian beragama tidak mungkin dapat dicapai, malah rasa hormat agama lain kepada kita juga akan hilang.

 

KUALA LUMPUR –  Tindakan segelintir masyarakat Islam hadir perayaan agama lain ketika ritual agama sedang berlangsung berpunca daripada ahli politik Muslim sendiri.

Seorang penulis, Dr. Mohd Aizam Mas’ud, mendakwa ini kerana ahli politik Muslim mengatakan hadir ke perayaan agama lain ketika ritual sedang berlangsung, tidak sedikit pun mengurangkan keIslaman mereka.

Katanya, golongan ini beranggapan itulah aqidah yang sahih lagi kukuh, walhal itu adalah irja’ dalam aqidah. 

Bagi mereka, yang penting niat di dalam hati. Bukan untuk murtad atau mengangkat agama lain, tapi sekadar meraikan “toleransi beragama”.

“Jika begini pemikiran sesetengah ahli politik Muslim kita, isu ini tidak akan selesai.

“Penganut bukan Islam akan terus dikelirukan ahli politik muslim sebegini,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Aizam Mas’ud berkata selagi mana kita gagal menzahirkan kefahaman sebenar agama Islam, maka dalam tempoh itulah juga keharmonian beragama tidak mungkin dapat dicapai.

Malah rasa hormat agama lain kepada kita juga akan hilang, katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya kita kekal tegas berprinsip dalam soal akidah dan ibadah dengan izin Allah golongan bukan Islam ini akan faham, sekali gus rasa hormat ke atas kita akan timbul dengan sendirinya.

Tegasnya, itulah toleransi beragama yang mana kita mengakui perbezaan dasar setiap agama dan menghormatinya, bukannya mencairkan perbezaan itu demi mengambil hati (menarik undi?).

Semalam, media melaporkan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meluahkan kekesalan dengan tindakan segelintir masyarakat Islam menyertai perarakan keagamaan orang bukan Islam.

Kekesalan itu diluahkan berikutan video tular memaparkan sekumpulan individu dipercayai beragama Islam, termasuk kanak-kanak menyertai perarakan keagamaan bukan Islam. 

Menurut jurnal bertajuk ‘Beberapa fenomena irja’ dalam pemikiran umat Islam dan implikasinya di Malaysia, Irja’ pada hakikatnya adalah suatu bentuk pemikiran yang muncul hasil daripada pergolakan politik yang berlaku pada zaman awal Islam. 

Ia berfahaman pelaku dosa besar tetap sempurna imannya berdasarkan prinsip, “kemaksiatan tidak memudaratkan keimanan sebagaimana ketaatan tidak bermanfaat dengan kekufuran”. – The Merdeka Times

 

Sumber : Facebook Aizam Mas’ud

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending