Terkini
27 Mac depan tarikh keputusan pendakwah saman Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP
Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini menetapkan 27 Mac 2023 sebagai tarikh keputusan prosiding saman fitnah membabitkan pendakwah Nazirah Nantha Kumari ke atas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy.

- 27 Mac depan ditetapkan sebagai tarikh keputusan prosiding saman fitnah membabitkan pendakwah Nazirah Nantha Kumari ke atas Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP, Dr P Ramasamy.
- Defendan diwakili peguam Dr Shamser Singh Thind dari Tetuan SS Thind.
- Sementara itu, plaintif Nazirah diwakili peguam Syahidah Hanum Mohd Ghazali dari Tetuan Syahidah Sharul dan Marsyara.
- “Di dalam permohonan Ini, kedua-dua pihak telah memfailkan hujahan bertulis, bagaimanapun Hakim ada bertanyakan beberapa persoalan kepada kedua-dua pihak dan selanjutnya merujuk kepada hujahan-hujahan yang telah difailkan oleh kedua-kedua pihak,” kata Syahidah ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini menetapkan 27 Mac 2023 sebagai tarikh keputusan prosiding saman fitnah membabitkan pendakwah Nazirah Nantha Kumari ke atas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy.
Defendan yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP diwakili peguam Dr Shamser Singh Thind dari Tetuan SS Thind manakala plaintif Nazirah diwakili peguam Syahidah Hanum Mohd Ghazali dari Tetuan Syahidah Sharul dan Marsyara yang juga merupakan wakil daripada bahagian undang-undang NGO Islam, Multiracial Reverted Muslims (MRM).
“Di dalam permohonan Ini, kedua-dua pihak telah memfailkan hujahan bertulis, bagaimanapun Hakim ada bertanyakan beberapa persoalan kepada kedua-dua pihak dan selanjutnya merujuk kepada hujahan-hujahan yang telah difailkan oleh kedua-kedua pihak,” kata Syahidah ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Pada 3 Ogos lalu, Nazirah bertindak memfailkan saman terhadap Dr P Ramasamy bernilai lima juta ringgit setiap seorang susulan beberapa kenyataan fitnah berkenaan kes Loh Siew Hong di media sosial sehingga menyebabkan plaintif berdepan beberapa isu termasuk kebencian ramai (public odium).
Merujuk kepada penulisan Dr P Ramasamy, Nazirah digambarkan sebagai seorang mualaf yang memaksa kanak-kanak bawah umur untuk menganut agama Islam.
Kesan kepada kesemua tuduhan ini menyebabkan plaintif dipandang hina oleh masyarakat Islam dan bukan Islam bahkan difahamkan bahawa keselamatan beliau juga terancam akibat kenyataan sedemikian rupa. – The Merdeka Times
