Connect with us

Terkini

Utamakan Bahasa Kebangsaan dalam urusan pejabat kerajaan, urusan rasmi

Bahasa Melayu perlu digunakan sebagai bahasa utama untuk urusan pejabat kerajaan dan semua urusan rasmi di kementerian kerana ia merupakan Bahasa Kebangsaan.

Wartawan TMT

Published

on

Utamakan Bahasa Kebangsaan dalam urusan pejabat kerajaan, urusan rasmi
Foto: Profesor Dr Teo Kok Seong (kiri), Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim (kanan).
  • Penggunaan Bahasa Melayu tertakluk bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 iaitu Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. – Felo utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Teo Kok Seong
  • “Gerakan memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan agensi dan penjawat awam sentiasa diberi keutamaan paling tinggi.”
  • Pakar Bahasa Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berasa kesal kerana masih ada agensi kerajaan yang berdegil tidak mahu menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi.
  • Kakitangan dan penjawat awam perlu mengutamakan Bahasa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum menyediakan kenyataan dalam bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil untuk keperluan pihak tertentu.

SHAH ALAM – Bahasa Melayu perlu digunakan sebagai bahasa utama untuk urusan pejabat kerajaan dan semua urusan rasmi di kementerian kerana ia merupakan Bahasa Kebangsaan.

Felo utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Teo Kok Seong berkata, penggunaan Bahasa Melayu tertakluk di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 iaitu Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.

“Gerakan memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan agensi dan penjawat awam sentiasa diberi keutamaan paling tinggi.

“Pekeliling ini tidak hanya memperincikan peranan agensi dan penjawat awam dalam urusan rasmi dalam dan luar negara, bahkan turut menyatakan komitmen tinggi kerajaan untuk menguatkuasakan pemantauan pelaksanaannya melalui audit bahasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sesetengah agensi kerajaan termasuk kementerian yang tidak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam urusan rasmi termasuk kepada pihak media.

Sementara itu pakar Bahasa Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berasa kesal kerana masih ada agensi kerajaan yang berdegil tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.

“Kenyataan akhbar, hebahan dan sebagainya perlu dibuat dalam Bahasa Melayu dahulu,” ujar beliau.

Jelasnya, kakitangan dan penjawat awam perlu mengutamakan Bahasa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum menyediakan kenyataan dalam bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil untuk keperluan pihak tertentu.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending