Terkini
Tukar hak milik, pencerobohan tanah rizab isu besar pada kuasa dan bangsa Melayu
Isu pencerobohan tanah rizab, tukar hak milik kepada bukan Melayu dan pengambilan tanah tanpa diganti semula adalah isu besar kepada kuasa dan bangsa Melayu.
- Kerajaan memerintah mesti bertanggungjawab sepenuhnya untuk tangani isu tanah yang sudah berlarutan sejak sekian lama. – Presiden BERJASA, Ustaz Haji Zamani Ibrahim
- “BERJASA melihat, bukan tidak ada undang-undang untuk jaga sebarang pencerobohan tanah rizab Melayu, namun malangnya ada kelemahan di pihak berkuasa.”
- Berdasarkan Fatwa Muzakarah Kebangsan 2018 bahawa kerajaan semasa wajib gantikan semula mana-mana tanah rizab Melayu berdasarkan sifat-sifat dan nilainya.
- “BERJASA percaya tanah itu bukan hanya harta, malah ia juga adalah kuasa. Ini bermakna ketika berlakunya pencerobohan, mereka telah menceroboh kuasa orang Melayu.”
BANGI, 11 Jamadilakhir 1444H, Rabu – Isu pencerobohan tanah rizab, tukar hak milik kepada bukan Melayu dan pengambilan tanah tanpa diganti semula adalah isu besar kepada kuasa dan bangsa Melayu.
Presiden BERJASA, Ustaz Haji Zamani Ibrahim berkata, kerajaan yang memerintah mestilah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menangani isu tanah yang sudah berlarutan sejak sekian lama.
“Jika tidak mampu menyelamatkan kuasa dan bangsa Melayu, apa makna adanya sebuah kerajaan.
“BERJASA melihat, bukan tidak ada undang-undang untuk jaga sebarang pencerobohan tanah rizab Melayu, namun malangnya ada kelemahan di pihak berkuasa.
“Lemah melaksanakan penguatkuasaan itu yang menjadikan tanah rizab Melayu terus diceroboh dan ditukar hak milik,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan mengheret ke muka pengadilan bagi mereka yang terlibat mesti dilaksanakan.
Berdasarkan apa yang termaktub didalam Perlembagaan, mana-mana tanah rizab Melayu yang telah diambil mestilah diganti semula berdasarkan sifat-sifat dan nilainya.
Manakala berdasarkan Fatwa Muzakarah Kebangsan pada tahun 2018 juga jelas menyebut bahawa kerajaan semasa wajib menggantikan semula mana-mana tanah rizab Melayu berdasarkan sifat-sifat dan nilainya.
“BERJASA percaya tanah itu bukan hanya harta, malah ia juga adalah kuasa. Ini bermakna ketika berlakunya pencerobohan, mereka telah menceroboh kuasa orang Melayu.
“Sehinggalah berlakunya pertukaran hak milik, maka pengurangan kuasa orang Melayu itu juga terus terjadi,” katanya.
Terdahulu, akhbar Utusan melaporkan sekurang-kurangnya 3,214 hektar tanah rizab Melayu di Mukim Jaya Baru dan Sitiawan dipindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.
Bagaimanapun, semalam, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak menegaskan tiada penyelewengan dalam isu pindah milik beribu hektar tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu seperti didedahkan akhbar ini.
Pengarahnya, Datuk Mohamad Fariz Mohamad menegaskan, pihaknya akan menyediakan laporan berhubung isu itu kepada kerajaan negeri.
Beliau turut mengesahkan, pihaknya juga sudah memberi keterangan kepada Jabatan Audit Negara.
Sumber: Ismaweb
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia