Connect with us

Terkini

Takut berdepan isteri pertama, punca suami bernikah lagi di Thailand – Peguam

Tidak susah mendapatkan kebenaran berpoligami di Malaysia namun keengganan suami memberitahu isteri pertama dan bakal isteri pula takut memaklumkan kepada keluarga khususnya wali menyebabkan perkara itu menjadi sukar.

Hidayah Sani

Published

on

Takut berdepan isteri pertama, punca suami bernikah lagi di Thailand - Peguam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tidak susah mendapatkan kebenaran berpoligami di Malaysia namun keengganan suami memberitahu isteri pertama dan bakal isteri pula takut memaklumkan kepada keluarga khususnya wali menyebabkan perkara itu menjadi sukar.
  • “Jadi tanggapan masyarakat tu perlu diperbetulkan kerana tidak semestinya isteri tidak bersetuju mahkamah tidak membenarkan suami berpoligami sebaliknya ianya tidak terikat dengan apa-apa bantahan isteri pertama sekiranya si suami dapat memenuhi semua kriteria berpoligami.” – kata peguam syarie, Najihah Ab Kadar.
  • “Perkahwinan berpoligami mengikut undang-undang lebih disyorkanlah supaya setiap hak-hak isteri dan anak-anak terjaga kerana apabila satu perintah poligami itu dikeluarkan oleh pihak mahkamah ia juga telah menetapkan hak-hak semua pihak iaitu nafkah isteri, nafkah anak serta hak giliran bermalam termasuk harta sepencarian.”  – peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.

KUALA LUMPUR – Tidak susah mendapatkan kebenaran berpoligami di Malaysia namun keengganan suami memberitahu isteri pertama dan bakal isteri pula takut memaklumkan kepada keluarga khususnya wali menyebabkan perkara itu menjadi sukar.

Kesannya, segelintir daripada mereka memilih membelakangkan undang-undang syariah di Malaysia dengan bernikah di Selatan Thailand.

Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Najihah Ab Kadar, berkata sebenarnya poligami tidak perlu dijadikan isu pun kalau semua pihak faham secara asasnya kenapa ingin berpoligami khususnya bagi si suami sendiri.

“Poligami sebenarnya tidak susah, cuma pergi mahkamah buat permohonan dan maklumkan kepada pihak isteri pertama so yang jadi susah apabila suami enggan beritahu isteri pertama.

“Bakal isteri pula takut maklumkan kepada ahli keluarga sebab memegang status isteri kedua dan beberapa faktor lain adalah disebabkan contohnya untuk menutup kesalahan dia atau dia terlanjur di Malaysia.

So dia menikah di luar ataupun dia nak kahwin cepat untuk menghalalkan hubungan mereka kerana di Mahkamah Syariah perlu ada beberapa prosedur tapi kalau di Thailand just pergi sana and then boleh nikah terus,” katanya kepada The Merdeka Times, hari ini.

Najihah berkata, mana-mana individu tidak dilarang untuk berpoligami namun ia dikawal oleh Undang-undang Keluarga Islam di Mahkamah Syariah dan terdapat kriteria yang perlu dipenuhi si suami iaitu antaranya isu kemampuan.

Justeru, setiap individu lelaki ingin berpoligami hendaklah mengemukakan permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dan ia hanya dibenarkan jika Mahkamah Syariah memberikan kebenaran.

Namun, sekiranya individu tersebut berpoligami tanpa kebenaran dari Mahkamah Syariah maka perbuatan itu akan menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang syariah Malaysia yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara.

“Kebanyakan negeri di Malaysia secara asasnya akan memanggil isteri sedia ada datang ke Mahkamah Syariah untuk memberi keterangan berkaitan permohonan poligami suaminya.

“Di Mahkamah Syariah, sekiranya permohonan berpoligami diluluskan, hak-hak isteri pertama dan kedua akan dipelihara dari segi nafkah isteri-isteri, hak bermalam isteri-isteri, harta sepencarian dan melindungi nafkah anak-anak yang sedia ada.

“Tanggapan masyarakat menyatakan prosedur mendapatkan kebenaran poligami susah ini adalah tidak benar berdasarkan kepada Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor dan kebenaran itu boleh diberikan walaupun tanpa persetujuan pihak Defendan iaitu isteri pertama. 

“Jadi tanggapan masyarakat tu perlu diperbetulkan kerana tidak semestinya isteri tidak bersetuju mahkamah tidak membenarkan suami berpoligami sebaliknya ianya tidak terikat dengan apa-apa bantahan isteri pertama sekiranya si suami dapat memenuhi semua kriteria berpoligami,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Peguam Syarie di Tetuan Khairi Najihah & Associates berkata antara implikasi perkahwinan tidak didaftarkan atau berkahwin di Selatan Thailand adalah akan menyebabkan berlaku kekacauan dari segi permasalahan faraid dan nasab.

Ini berikutan, terdapat situasi di mana waris atau isteri ingin memfailkan faraid selepas kematian si suami namun secara tiba-tiba datang isteri kedua yang menuntut haknya namun si isteri kedua ini tidak membuat pengesahan perkahwinan di Malaysia.

Katanya, senario sebegini akan menyukarkan proses pembahagian faraid hingga pada akhirnya terdapat hak-hak waris yang teraniaya.

Ujarnya, itu belum lagi bila terkait situasi pasangan yang berkahwin di Thailand dengan jurunikah yang tidak bertauliah.

“Kebanyakan orang yang ikut jurunikah tak bertauliah akan menyebabkan berlaku pernikahan sindiket dan sekiranya pernikahan itu tidak didaftarkan maka dari segi undang-undang pasangan berkenaan tidak boleh mempunyai sijil nikah Malaysia dan perkahwinan itu tidak diikitraf di Malaysia.

“Kalau jurunikah tidak bertauliah kebiasaannya perkahwinan itu semua tidak sah kerana ianya melibatkan isu wali, so dari segi hukum syarak dan undang-undang sekiranya wali itu tidak bertauliah atau tidak diiktiraf maka pernikahan tersebut tidak sah.

“Sebab rukun nikah ada lima kan? Kalau salah satu tidak sempurna maka pernikahan itu tidak boleh disahkan.

“Implikasi seterusnya berkenaan nasab kalau ada anak nanti susah didaftarkan sehinggalah mendapat pengesahan pernikahan dari pihak Mahkamah Syariah dan pendaftaran pernikahan di jabatan agama yang berbidang kuasa sebelum anak itu dibolehkan didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.

Dalam pada itu, Peguam Syarie Afiq Fadhil dan Associates, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib turut berpandangan kebanyakan individu lelaki memilih berkahwin di Thailand adalah disebabkan enggan berhadapan dengan isteri pertama.

Katanya, terdapat individu yang lebih gemar mengambil pendekatan meminta maaf lebih mudah dari memohon izin daripada isteri pertama.

“Bagi saya kebenaran berpoligami bukanlah susah dan tidak juga mudah, cuma kita kena  beritahu isteri kita untuk berpoligami jika isteri setuju kita boleh failkan di mahkamah dan prosesnya pula bukannya lama sangat pun sebulan ke sebulan lebih dah dapat perintah boleh berpoligami. 

“Perkahwinan berpoligami mengikut undang-undang lebih disyorkanlah supaya setiap hak-hak isteri dan anak-anak terjaga kerana apabila satu perintah poligami itu dikeluarkan oleh pihak mahkamah ia juga telah menetapkan hak-hak semua pihak iaitu nafkah isteri, nafkah anak serta hak giliran bermalam termasuk harta sepencarian.

“Itu lebih menjamin semua pihak daripada bernikah di Thailand kerana apabila bernikah di Thailand, pihak isteri-isteri dan anak-anak tidak dilindungi oleh undang-undang jika tidak mendaftarkan pernikahan tersebut di Malaysia,” katanya.

Kata beliau, jika berlaku permasalahan culas membayar nafkah si isteri juga dapat memfailkan nafkah tertunggak dan suami akan dikenakan saman dari pihak mahkamah serta sekiranya masih tidak membayarnya si suami boleh dipenjarakan.

Bagaimanapun, kesemua kelebihan itu dapat diperolehi sekiranya perkahwinan dilangsungkan mengikut prosedur ditetapkan mahkamah syariah.

Tegasnya, kerajaan Malaysia membuat undang-undang di sini adalah untuk menjaga kebajikan, membela dan memelihara hak-hak semua pihak.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak khususnya pasangan yang hendak berkahwin agar tidak melanggar undang-undang ditetapkan supaya dapat mengelak daripada berlaku malapetaka dalam perkahwinan kelak. – The Merdeka Times

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending