Connect with us

Terkini

Kurikulum peradaban Islam akan dikaji semula – PM

Kerajaan akan meneliti cadangan supaya kurikulum peradaban Islam dalam pengajian tinggi di kaji semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Kurikulum peradaban Islam akan dikaji semula – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Kerajaan akan teliti cadangan kurikulum peradaban Islam dalam pengajian tinggi di kaji semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Langkah itu sebagai mengambil kira cadangan ilmuan dan pemikir Islam yang bimbang dengan salah faham agama dibangkitkan pelbagai pihak termasuk ahli politik.
  • Perincian cadangan itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • “Sekarang ini semua mahu mengulas dan seolah pakar menyatakan pandangan tanpa merujuk hadis, al-Quran, ulasan, buku dan pandangan pemikir Islam.”
  • “Ini semua orang nak buat tazkirah, buat fatwa masing-masing. Bila kita tegur, dia kata kita anti ulama, ini tak benar.” – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti cadangan supaya kurikulum peradaban Islam dalam pengajian tinggi di kaji semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah itu mengambil kira cadangan ilmuan dan pemikir Islam yang bimbang dengan salah faham agama yang dibangkitkan pelbagai pihak termasuk ahli politik.

Katanya, perincian cadangan itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Cadangan daripada sarjana utama itu mahukan kurikulum mata pelajaran peradaban Islam itu harus dilihat dan dikaji semula supaya betul-betul memberi kefahaman yang lebih mendalam mesej Islam.

“Sudah tentunya ini ada berkaitan soal nilai, akhlak, kemanusiaan yang universal, maka saya rasakan perlu diberi perhatian,” katanya kepada media selepas melancarkan Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei “Knowledge, Tradition and Civization : Essay in Honour of Professor Osman Bakardi Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC).

Anwar berkata, kaji semula itu penting bagi menjawab salah faham mengenai Islam yang ditafsirkan dengan salah oleh banyak pihak.

Katanya, langkah itu juga bagi meningkatkan pemahaman terhadap Islam yang mana kadang-kadang Islam itu ditafsirkan tanpa merujuk kepada sumber rujukan yang sebenar seperti hadis, al-Quran, sunnah dan pandangan ulama.

“Sekarang ini semua mahu mengulas dan seolah pakar menyatakan pandangan tanpa merujuk hadis,al-Quran, ulasan, buku dan pandangan pemikir Islam.

“Ini semua orang nak buat tazkirah, buat fatwa masing-masing. Bila kita tegur, dia kata kita anti ulama, ini tak benar.

“Ada mendakwa mereka guru agama, sama ada panggil ulama atau tidak,itu saya tidak tahu, tapi membuat kenyataan yang salah, itu mesti ditegur,” katanya 

Beliau juga menyatakan kebimbangan ada tokoh dan pemimpin parti politik yang turut sama membuat kenyataan yang mengelirukan.

“(Tidak sepatutnya) dia ulama maka kenyataannya semua benar. Islam tidak pernah mengajar kita begitu.

“Itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman lebih mendalam berdasarkan al-Quran, sunnah dan hadis serta pandangan ulama muktabar.

“Kupasan itu mesti dihujah dan jika perlu dibuat teguran untuk pembetulan, ini yang dikatakan tradisi ilmu pelajaran secara kritis,” katanya.

 

Sumber : Berita Harian

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending