Connect with us

Terkini

“Harga bahan mentah meningkat, mustahil turunkan harga makanan,” – Peniaga

Pengusaha kedai makan mengakui sukar untuk mengurangkan harga makanan susulan bekalan barangan yang berkurangan serta harga bahan mentah yang tidak menurun.

Wartawan TMT

Published

on

“Harga bahan mentah meningkat, mustahil turunkan harga makanan,” - Peniaga
  • Menurut pemilik kedai roti tempayan di Pasir Pekan, Tumpat, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 38, harga bahan mentah ketika ini meningkat dan tidak menurun seperti yang didakwa.
  • “Meskipun menurut menteri kebanyakan harga turun namun bagi peniaga seperti kami, setakat hari ini masih tidak jumpai barangan yang turun itu.
  • “Minggu lepas menteri umum ‘boikot’ kedai makan
  • “Namun, sebenarnya bagi peniaga seperti kami agak mustahil untuk menurunkan harga makanan.

KOTA BHARU: Pengusaha kedai makan mengakui sukar untuk mengurangkan harga makanan susulan bekalan barangan yang berkurangan serta harga bahan mentah yang tidak menurun.

Menurut pemilik kedai roti tempayan di Pasir Pekan, Tumpat, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 38, harga bahan mentah ketika ini meningkat dan tidak menurun seperti yang didakwa.

“Minggu lepas menteri umum ‘boikot’ kedai makan (cadangan ‘pulau’ kedai makan yang dikemukakan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli).

“Namun, sebenarnya bagi peniaga seperti kami agak mustahil untuk menurunkan harga makanan.

“Meskipun menurut menteri kebanyakan harga menurun namun bagi peniaga seperti kami, setakat hari ini masih tidak menjumpai barangan yang turun itu.

“Ini kerana kebanyakan barang hari ini mengalami kenaikan serta sukar untuk mendapatkan bahan mentah.

“Seperti saya sebagai peniaga roti ini mendapati kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah seperti kambing dan kaki kambing.

“Sampai ke hari ini, bekalan kaki kambing tu masih lagi terputus dan kita masih belum mendapatkan stok,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Menurutnya, ada sesetengah kedai yang menjual dengan harga yang mahal kerana kesukaran mendapatkan beberapa bahan mentah.

“Sebelum ini boleh dapatkan pada harga RM16 sekilogram sekarang ni RM20 sekilogram itu yang menyebabkan kita tak beli.

“Kalau kita beli akan menyebabkan kenaikan kos dan kita terpaksa menaikkan harga kari kaki kambing jadi kita mengambil keputusan untuk tidak beli bahan mentah tersebut supaya tidak membebankan kami dan pelanggan,” katanya lagi.

Jesteru, Mohd Faizul meminta agar cadangan untuk ‘memboikot’ kedai makan itu perlu diteliti dan mengambil kira terhadap faktor peningkatan harga barangan.

Sebelum ini, Rafizi mengulas mengenai sikap pengusaha restoran dan kedai makan yang gagal menurunkan harga makanan, meskipun kos bahan mentah dikatakan semakin menurun.

Jelasnya, pengguna perlu bertindak lebih proaktif terhadap perubahan harga barangan dengan mengelak daripada berkunjung ke kedai makan yang menawarkan harga yang tinggi dan tidak berpatutan.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending