Connect with us

Terkini

Dakwaan bukan Melayu kelas kedua hanyalah tanggapan

Dakwaan warganegara bukan Melayu terima layanan kelas kedua dan dianaktirikan hanyalah tanggapan atau persepsi yang timbul ekoran masalah pentadbiran lemah.

Hidayah Sani

Published

on

Dakwaan bukan Melayu kelas kedua hanyalah tanggapan
Foto: Prof. Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong (kiri), Eddin Khoo (kanan).
  • Felo Kanan Institute Of Strategic & International Studies (ISIS), Eddin Khoo berkata kita perlu tangani isu-isu pentadbiran dengan segera agar satu semangat yang lebih semula jadi dan saksama dalam kalangan warganegara dapat diwujudkan.
  • Menurutnya, semua kaum perlu kembali kepada sejarah, mengenali dan memahami bagaimana negara ini wujud sebagai satu negara bangsa kerana beliau berpandangan isu itu juga didorong krisis persejarahan.
  • Felo Majlis Profesor Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menyifatkan dakwaan itu satu persepsi umum daripada warganegara bukan Melayu yang merasakan didiskriminasi golongan majoriti iaitu orang Melayu.
  • Satu sesi dialog perlu dilaksanakan untuk beri penjelasan bagi setiap andaian disuarakan kerana sekiranya sebahagian besar warganegara merasa dianaktirikan, dikhuatiri sumbangan mereka kepada negara tidak maksimum.

KUALA LUMPUR – Dakwaan warganegara bukan Melayu terima layanan kelas kedua dan dianaktirikan hanyalah tanggapan atau persepsi yang timbul ekoran masalah pentadbiran lemah.

Felo Kanan Institute Of Strategic & International Studies (ISIS), Eddin Khoo berkata isu-isu pentadbiran yang menyumbang kepada persepsi itu perlu ditangani dengan segera agar semangat lebih semula jadi dan saksama dalam kalangan warganegara dapat diwujudkan.

Beliau berkata semua kaum perlu kembali kepada sejarah, mengenali dan memahami bagaimana negara ini wujud sebagai satu negara bangsa kerana beliau berpandangan isu itu juga didorong krisis persejarahan.

Katanya, orang Melayu juga perlu memahami apa sebenarnya yang menjadi perselisihan dalam isu ini.

“Sebenarnya sebahagian besar orang bukan Melayu tidak mempertikaikan kedudukan istimewa orang Melayu, tidak mempertikaikan kedudukan bahasa Melayu, tidak mempertikaikan kedudukan Raja-raja Melayu. Mereka tidak.

“Tetapi apabila tidak ada satu budaya perbincangan satu budaya konsensus, diskusi dan sebagainya, maka akan timbul prasangka antara kaum dan ini tengah berlaku sekarang ni.

“Orang Melayu menganggap orang bukan Melayu mempertikaikan kedudukan mereka, sebenarnya tidak.

“Orang bukan Melayu mempersoalkan polisi-polisi, dasar-dasar dan pentadbiran, itu yang mereka mempersoalkan,” kata beliau ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata salah faham yang berlaku ini menjadi satu permasalahan rumit dan perlu diperjelaskan dengan segera.

Pandangan sama turut disuarakan Felo Majlis Profesor Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang menyifatkan dakwaan itu satu persepsi umum bukan Melayu yang merasakan didiskriminasi golongan majoriti iaitu orang Melayu.

Beliau menegaskan kerajaan perlu menyelesaikan permasalahan ini dengan segera kerana ia penting.

Katanya, satu sesi dialog perlu dilaksanakan untuk memberikan penjelasan bagi setiap andaian disuarakan kerana sekiranya sebahagian besar warganegara merasa dianaktirikan, maka dikhuatiri sumbangan mereka kepada negara menjadi tidak maksimum.

“Kita harus langsaikan cara ini dengan adakan dialog dari hati ke hati. Dari satu pihak mungkin mengatakan mereka disisihkan dan di satu pihak perlu dengar serta  berbincanglah sama ada betul atau tidak.

“Daripada perbincangan itu saya yakin banyak persepsi dari orang Cina, salah. Ada sebenarnya yang betul dan ada banyak juga diandaikan sahaja maknanya dia andaikan benda akan berlaku.

“Yang betul itu mungkin kita ada penjelasan, misalnya mereka kata dapat keputusan SPM yang terbaik daripada orang Melayu tapi mereka tak dapat tempat di universiti awam untuk belajar perubatan makna kata, betullah.

“Tapi kita boleh memberi penjelasan bahawa untuk memasuki universiti ada sistem kuota,” katanya yang menjelaskan sekalipun pelajar berbangsa Cina itu mendapat keputusan baik, namun ada lagi dari bangsa sama mendapat keputusan lebih baik.

Mengulas lanjut, beliau berkata dasar-dasar negara ketika ini walaupun tidak sama rata namun ia adil.

Bagaimanapun,  beliau tidak dapat menafikan juga bahawa ada beberapa dasar negara yang adakala didapati berlaku penyelewengan menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi. 

Sebelum ini seorang pengguna Twitter mendakwa orang bukan Melayu sering mendapat layanan tidak sama rata sekalipun memegang status warganegara.

Dakwaan itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen yang ada menyokong dan mempersoalkan kembali adakah selama ini bukan Melayu tidak mendapat sebarang akses dalam pendidikan, penjagaan kesihatan, kebebasan beragama dan sebagainya. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending