Connect with us

Terkini

COVID-19: Sistem kesihatan kembali lumpuh jika tidak sekat kemasukan pelancong China

Tidak mustahil negara berdepan gelombang lebih teruk yang mana sistem kesihatan negara akan lumpuh sekiranya tiada pencegahan segera menangani varian baharu COVID-19 dari China.

Wartawan TMT

Published

on

COVID-19: Sistem kesihatan kembali lumpuh jika tidak sekat kemasukkan pelancong China
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan perlu bertindak pantas dengan menyekat kemasukan pelancong luar khususnya dari China bagi mengelakkan keadaan lebih parah. – Timbalan Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Norzaidi Zakaria
  • “Gesaan kita bukan nak mempolitikkan isu kehadiran pelancong China tetapi fahamilah, ini isu kesihatan rakyat,” 
  • “Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan, dua varian Covid-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan varian BF.7 dikesan telah berada di Malaysia.”

BANGI, 10 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Tidak mustahil negara berdepan gelombang lebih teruk yang mana sistem kesihatan negara akan lumpuh sekiranya tiada pencegahan segera menangani varian baharu COVID-19 dari China.

Timbalan Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Norzaidi Zakaria berkata, kerajaan perlu bertindak pantas dengan menyekat kemasukan pelancong luar khususnya dari China bagi mengelakkan keadaan lebih parah.

“Kita jangan ulang sejarah lama, akibat lambat bertindak kesannya bukan saja kepada rakyat tetapi seluruh negara.

“Gesaan kita bukan nak mempolitikkan isu kehadiran pelancong China tetapi fahamilah, ini isu kesihatan rakyat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan, dua varian Covid-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan varian BF.7 dikesan telah berada di Malaysia.

Setakat 31 Disember lalu, terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7.

Bimbang situasi itu, Dr Norzaidi menegaskan, kerajaan perlu segera bertindak dan melihat kesan yang bakal diterima sekiranya melengah-lengahkan tindakan.

“Walaupun pada mulanya hanya dua kes yang dikesan namun sekiranya dibiar tanpa pencegahan ia akan mendominasi keadaan,” katanya.

Justeru, beliau mahu kerajaan melaksanakan peraturan ketat terutamanya di pintu-pintu utama negara seperti di lapangan terbang dan pintu sempadan.

Malah, prosedur operasi standard (SOP) dan amalan pencegahan seperti pemakaian pelitup muka serta pelaksanan ujian kendiri juga perlu diperketatkan lagi bagi mengelak virus daripada luar di bawa masuk ke negara.

Beliau juga mengesyorkan pemberian dos penggalak tambahan bagi menguatkan lagi daya tahan badan.

“Pengambilan dos penggalak penting untuk memperkuat imunisasi badan terutama individu berisiko seperti warga emas,” katanya.

Sumber: Ismaweb

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending