Connect with us

Antarabangsa

China kutuk negara yang wajibkan ujian Covid-19 terhadap rakyatnya

China semalam mengutuk negara yang mengenakan syarat ujian COVID-19 baharu ke atas penumpang warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negara.

Wartawan TMT

Published

on

China kutuk negara yang wajibkan ujian Covid-19 terhadap rakyatnya
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • China semalam kutuk negara yang kenakan syarat ujian COVID-19 baharu ke atas penumpang warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negara.
  • Beijing beri amaran pihaknya boleh ambil tindak balas terhadap langkah sebegitu.
  • Antara negara kenakan syarat berkenaan; Amerika Syarikat (AS), Kanada, Perancis dan Jepun yang wajibkan pelancong dari China kemukakan ujian negatif COVID-19 sebelum ketibaan, susulan negara itu mengalami lonjakan kes.
  • Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning, berkata tindakan negara berkenaan dibuat tanpa asas saintifik selain tidak boleh diterima.

BEIJING: China semalam mengutuk negara yang mengenakan syarat ujian COVID-19 baharu ke atas penumpang warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negara.

Sehubungan itu, Beijing memberi amaran bahawa pihaknya boleh mengambil tindak balas terhadap langkah sebegitu.

Antara negara yang mengenakan syarat berkenaan adalah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Perancis dan Jepun yang mewajibkan pelancong dari China untuk mengemukakan ujian negatif COVID-19 sebelum ketibaan, susulan negara itu mengalami lonjakan kes.

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning, berkata tindakan negara berkenaan dibuat tanpa asas saintifik selain tidak boleh diterima.

“Sesetengah negara mengambil sekatan kemasukan yang menyasarkan hanya pengembara China.

“Ini tidak mempunyai asas saintifik dan beberapa amalan tidak boleh diterima,” tegasnya.

Situasi COVID-19 di China menyaksikan peningkatan mendadak kes jangkitan selepas bertahun-tahun mengenakan sekatan ketat menerusi dasar sifaf COVID-19 dan ia dilonggarkan secara tiba-tiba bulan lalu.

Pada Disember tahun lalu, Beijing mengumumkan pengembara ‘inbound’ tidak lagi perlu dikuarantin, menyebabkan ramai warganya bergegas merancang perjalanan ke luar negara setelah sekian lama menunggu peluang itu.

Negara yang mendakwa ketidaktelusan mengenai data jangkitan dari China dan kemunculan risiko varian baharu menjadi punca mengapa pengembara republik itu disekat.

China merekodkan hanya 22 kematian berkaitan COVID-19 sejak Disember, selepas dikatakan mengecilkan kriteria untuk mengkategorikan kematian itu. – AFP

Sumber : Berita Harian

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending