Connect with us

Antarabangsa

Majlis Ulama Indonesia bantah lawatan utusan LGBTQ dari AS

Badan pentadbiran Islam tertinggi Indonesia pada Khamis lalu menentang lawatan utusan hak LGBTQ Amerika Syarikat (AS) dengan mengatakan mereka tidak akan mengalu-alukan tetamu yang niatnya menjejaskan nilai budaya dan agama negara itu, demikian laporan Benar News.

Wartawan TMT

Published

on

Majlis Ulama Indonesia bantah lawatan utusan LGBTQ dari AS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Badan pentadbiran Islam tertinggi Indonesia pada Khamis lalu membantah lawatan utusan hak LGBTQ Amerika Syarikat dengan mengatakan mereka tidak akan mengalu-alukan tetamu yang niatnya menjejaskan nilai budaya dan agama negara itu.
  • “Jika tingkah laku ini dibiarkan, ia bawa kepada kepupusan manusia, kerana jika lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita, mereka tidak akan membiak.” – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI)
  • Utusan khas Amerika Syarikat itu, Jessica Stern dilaporkan akan bertemu pegawai kerajaan dan wakil masyarakat sivil untuk berbincang berkenaan hak asasi LGBTQI+.
  • Kerajaan AS batalkan lawatan itu melalui pengumuman dibuat duta Amerika di Jakarta pada Jumaat lalu berikutan berhadapan bantahan dan kecaman daripada badan pentadbiran Islam tertinggi Indonesia.

Badan pentadbiran Islam tertinggi Indonesia pada Khamis lalu menentang lawatan utusan hak LGBTQ Amerika Syarikat (AS) dengan mengatakan mereka tidak akan mengalu-alukan tetamu yang niatnya menjejaskan nilai budaya dan agama negara itu, demikian laporan Benar News.

Utusan khas Amerika Syarikat bagi LGBTQI+, Jessica Stern dijadualkan melawat Indonesia pada 7 Dis ini selepas melawat Vietnam dan Filipina.

Semasa lawatannya ke Asia Tenggara, Stern dilaporkan akan bertemu dengan pegawai kerajaan dan wakil masyarakat sivil untuk berbincang berkenaan niat mereka ingin memajukan hak asasi manusia LGBTQI+, demikian menurut Jabatan Negara AS di laman webnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Anwar Abbas menegaskan pertubuhan itu secara mutlak menolak lawatan utusan khas itu.

“MUI tidak boleh mengalu-alukan tetamu yang tujuannya datang ke sini adalah untuk merosakkan dan melemahkan nilai agama dan budaya bangsa kita. 

“Jika tingkah laku ini dibiarkan, ia akan membawa kepada kepupusan manusia, kerana jika lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita, mereka tidak akan membiak,” kata Anwar yang turut menyifatkan tingkah laku homoseksual sebagai berbahaya.

Pengerusi MUI Cholil Nafis, ahli lembaga pengarah di Nahdlatul Ulama, pertubuhan Islam terbesar di negara itu, membuat ciapan di Twitter mengatakan bahawa pegawai Indonesia tidak seharusnya meluangkan masa untuk bertemu utusan LGBT.

Hubungan sama jenis bukanlah satu kesalahan jenayah di Indonesia kecuali di wilayah Aceh tetapi negara dengan majoriti penduduk Islam paling ramai penduduk di dunia itu menunjukkan sentimen anti-LGBTQ.

Aceh, menjadi satu-satunya wilayah menggunakan undang-undang Islam di Indonesia, di mana pasangan sama jantina dirotan sekiranya mahkamah syariah mendapati mereka bersalah kerana berhubungan intim.

Baru-baru ini, tentera Indonesia yang mengharamkan hubungan sesama jantina dengan menyifatkannya sebagai kelakuan tidak wajar, menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan ke atas dua askar kerana melakukan hubungan fizikal.

Malah kedua-duanya diberhentikan dari tentera, lapor agensi berita AFP.

Sumber : Benar News

 

 

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending