Connect with us

Terkini

Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ jadikan Malaysia negara Islam sepenuhnya

Veteran DAP, Lim Kit Siang seakan bimbang dengan gelombang kebangkitan orang Melayu beragama Islam semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, khususnya kemenangan parti PAS.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Lim Kit Siang
  •  “Adakah fenomena “gelombang hijau” yang kuat di Malaysia yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam sepenuhnya menjelang PRU-17 sebelum 2032?” tulis Kit Siang dalam laman blognya hari ini.
  •    Kit Siang memperkecilkan kemenangan PAS walaupun berjaya memenangi 44 kerusi Parlimen selepas PRU-15 lalu dengan mendakwa ia disebabkan strategi kotor parti tersebut semasa berkempen.
  •  “Sama ada ‘gelombang hijau’ tidak dapat dihalang bergantung kepada kemampuan kerajaan Anwar melaksanakan dasar dan program reformasi untuk menetapkan semula dasar dan prinsip pembinaan negara agar kembali kepada visi pengasas negara, termasuk empat Presiden UMNO yang pertama,” katanya

 

Veteran DAP, Lim Kit Siang seakan bimbang dengan gelombang kebangkitan orang Melayu beragama Islam semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, khususnya kemenangan parti PAS.

Kit Siang tidak menyembunyikan kebimbangan apabila melihat jumlah kerusi Parlimen dimenangi PAS, malah dalam tulisan terbaharunya mempersoalkan sama ada kemungkinan Malaysia bakal menjadi negara Islam sepenuhnya sebelum PRU-17 nanti.

“Adakah fenomena “gelombang hijau” yang kuat di Malaysia yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-17 sebelum 2032?” kata Kit Siang dalam laman blognya hari ini.

Kit Siang memperkecilkan kemenangan PAS walaupun berjaya memenangi 44 kerusi Parlimen selepas PRU-15 lalu dengan mendakwa ia disebabkan strategi kotor parti tersebut semasa berkempen.

“Fenomena gelombang hijau tercipta hasil daripada politik toksik yang menipu, ketakutan, kebencian, kaum dan agama dan keputusan tidak dijangkakan selepas pertambahan pengundi 18 tahun yang menyaksikan seramai 1.4 juta pengundi baharu dalam daftar pemilih,” katanya lagi.

Kit Siang mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil langkah segera untuk menyekat kemaraan ‘gelombang hijau’ dengan melakukan reformasi dalam negara sebelum terlambat.

“Sama ada ‘gelombang hijau’ tidak dapat dihalang bergantung kepada kemampuan kerajaan Anwar melaksanakan dasar dan program reformasi untuk menetapkan semula dasar dan prinsip pembinaan negara agar kembali kepada visi pengasas negara, termasuk empat Presiden UMNO yang pertama,” katanya lagi.

Kit Siang juga berkata rakyat Malaysia perlu belajar daripada pengalaman semasa PRU-15 dan tidak membiarkan demokrasi dirampas dengan politik toksik.

Untuk rekod, PAS bersama Perikatan Nasional (PN) semasa PRU-15 lalu berjaya memenangi 74 kerusi Parlimen dan menjadi parti terbesar meraih majoriti pengundi orang Melayu-Islam tertinggi.

 

SUMBER : AGENDA DAILY

Author