Connect with us

Antarabangsa

Guru dipecat, biadap ganggu pelajar solat

Seorang guru di Florida, Amerika Syarikat dipecat selepas tular video menunjukkan tindakan biadapnya mengganggu pelajar Islam yang menunaikan solat.

Wartawan TMT

Published

on

Guru dipecat, biadap ganggu pelajar solat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang guru di Florida, Amerika Syarikat dipecat selepas tular video menunjukkan tindakan biadapnya mengganggu pelajar Islam yang tunaikan solat.
  • Guru terbabit dikatakan masuk, meniup wisel, dan berulang kali menghalang mereka solat di pejabatnya.

 

Miami: Seorang guru di Florida, Amerika Syarikat dipecat selepas tular video menunjukkan tindakan biadapnya mengganggu pelajar Islam yang menunaikan solat.

Portal Insider melaporkan, menerusi video dimuat naik di TikTok, insiden berlaku ketika tiga pelajar lelaki sedang solat di atas sejadah.

Guru terbabit dikatakan masuk, meniup wisel, dan berulang kali menghalang mereka solat di pejabatnya.

“Tunggu, ini di pejabat saya, dan kamu semua melakukan ‘silap mata’ ini?” kata guru itu.

Guru itu kemudian berjalan melalui kumpulan pelajar itu sebelum satu ketika dia dilihat memijak sejadah ketika salah seorang pelajar sedang bersujud.

Pelajar-pelajar itu tidak mengendahkan guru berkenaan dan terus menunaikan solat.

Video itu sudah meraih lebih 6.5 juta tontonan.

Menurut Local 10 News, insiden itu berlaku di Akademi Franklin, sebuah sekolah di Pembroke Pines, Broward County.

Identiti dan status sebenar guru itu belum dikenal pasti.

Pihak sekolah dalam kenyataan berkata: “Awal hari ini, video TikTok yang sangat membimbangkan dikongsi dengan pasukan kepimpinan kami.

“Rakaman video menunjukkan seorang guru mengganggu pelajar ketika solat.

“Selepas menerima video itu, kepimpinan organisasi dan sekolah mula menyiasat keadaan dengan segera,” kata pihak sekolah dalam satu kenyataan kepada agensi berita.

Dalam kenyataan sama, sekolah menegaskan pihaknya tidak bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi

“Walaupun kami tidak membincangkan hal kakitangan, kami boleh berkongsi dengan kamu bahawa guru terbabit bukan lagi ahli kakitangan Akademi Franklin,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending