Connect with us

Terkini

Doktor Pakar Muslim bidas hasrat KKM beri ubat PrEP kepada pasangan homoseksual

Sekumpulan pengamal perubatan tempatan tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengembangkan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) kepada pengamal homoseks, dalam satu kenyataan semalam. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Doktor Pakar Muslim bidas hasrat KKM beri ubat PrEP kepada pasangan homoseksual
Foto: Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Sekumpulan pengamal perubatan tempatan tidak bersetuju dengan cadangan KKM untuk mengembangkan penggunaan ubat PrEP kepada pengamal homoseks.
  • Dalam satu kenyataan semalam, sebelum ini, ubat PrEP yang dibiayai kerajaan diberikan kepada pasangan yang menghidap HIV bagi mengekang penularan. 
  • Bagaimanapun, perancangan terkini adalah untuk meluaskan penggunaan PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dan secara atas permintaan. 
  • “Kami menggesa KKM menilai semula perancangan ini dan menumpukan kepada kempen penghindaran perbuatan seks itu sendiri atau abstinen,” katanya.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan pengamal perubatan tempatan tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengembangkan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) kepada pengamal homoseks, dalam satu kenyataan semalam. 

Mereka terdiri daripada Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Profesor Dr Samsul Draman, Profesor Dr Anis Safura Ramli, Profesor Dr Harmy Mohamed Yusof, Profesor Madya Dr Rosediani Muhamad dan Profesor Madya Dr Ani Amelia Zainuddin.

Dalam satu kenyataan semalam, sebelum ini, ubat PrEP yang dibiayai kerajaan diberikan kepada pasangan yang menghidap HIV bagi mengekang penularan. 

“Pengamal Homoseksualiti bukan dalam kategori pesakit dan gaya hidup mereka yang berisiko tinggi mendapat HIV tidak wajar membebankan cukai rakyat. 

“Memberi PrEP kepada pengamal homoseksual yang masih aktif bukan suatu bentuk empati. 

“Ia juga tersasar dari konsep Maqasid Syariah, kerana mesej menghindari atau abstinen itu tidak diberi keutamaan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, buat masa ini, PrEP diberikan kepada individu berstatus HIV-negatif yang berisiko untuk mendapat HIV, seperti pasangan kepada individu yang disahkan menghidap HIV. 

“Individu yang menghidap HIV serta keluarga mereka adalah kategori pesakit yang layak untuk dilindungi dan sepatutnya menerima rawatan terbaik yang tersedia.

“Namun, apa yang membimbangkan, perancangan terkini adalah untuk meluaskan penggunaan PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dan secara atas permintaan. 

“Kami menggesa KKM menilai semula perancangan ini dan berpendapat bahawa KKM sepatutnya lebih menumpukan kepada kempen langkah-langkah pencegahan, yang bermula dengan penghindaran perbuatan seks itu sendiri atau abstinen,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, mesej-mesej kesihatan dan saranan kepada masyarakat awam untuk mengelakkan hubungan kelamin melalui dubur (seks anal) sepatutnya menjadi langkah utama pencegahan. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar

 

Author