Connect with us

Terkini

DAP janji patuhi perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam – Zahid

Pimpinan DAP memberi jaminan untuk menghormati empat perkara, termasuk kedudukan Islam dan institusi Raja, dalam satu pertemuan antara UMNO dan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Wartawan TMT

Published

on

DAP janji patuhi perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam - Zahid
Foto: Ahmad Zahid Hamidi (kiri) & Anthony Loke (kanan)
  • Pimpinan DAP memberi jaminan untuk menghormati empat perkara, termasuk kedudukan Islam dan institusi Raja, sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.
  • Timbalan PM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata DAP akan mengangkat BM sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu.
  • Zahid turut memberi jaminan bahawa tiada yang perlu dibimbangkan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak akan menjual UMNO dan BN.

 

ROMPIN: Pimpinan DAP memberi jaminan untuk menghormati empat perkara, termasuk kedudukan Islam dan institusi Raja, dalam satu pertemuan antara UMNO dan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan. 

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dalam pertemuan membabitkan pimpinan kedua-dua parti itu, DAP turut menyatakan pendirian untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu. 

“Jangan takut. Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Dr Zambry (Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) bersama saya antara tujuh individu yang bertemu pemimpin DAP sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk.

“Soalan pertama saya (pada DAP) sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO adalah apa pendirian mengenai Islam jika kita setuju bekerjasama dengan DAP? Bagaimana dengan kedudukan Bahasa Melayu? Apa pandangan DAP terhadap institusi Raja? Ini semua soalan yang saya tanya pada mereka.

“Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke) jawab bahawa pimpinan baharu DAP akan patuh dan setuju dengan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk empat perkara ini. Apa lagi soalan nak dibangkitkan,” katanya ketika berucap pada sesi ramah mesra bersama penduduk di Dewan Kuala Rompin, di sini, hari ini. 

Ahmad Zahid turut memberi jaminan kepada ahli dan akar umbi, bahagian dan cawangan UMNO, bahawa tiada yang perlu dibimbangkan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak akan menjual UMNO dan BN.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending