Connect with us

Antarabangsa

Dakwa dipaksa peluk Kristian, Penduduk Hindu mahu polis ambil tindakan

Hindu Jagarana Vedike dan penduduk kampung membuat aduan kepada pihak polis pada Rabu ekoran dakwaan berlakunya penukaran agama secara paksa di sebuah rumah ladang di sini.

Wartawan TMT

Published

on

Dakwa dipaksa peluk Kristian, Penduduk Hindu mahu polis ambil tindakan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Hindu Jagarana Vedike dan penduduk kampung membuat aduan kepada pihak polis pada Rabu ekoran dakwaan berlakunya penukaran agama secara paksa di sebuah rumah ladang di Kannamangala berhampiran bandar Channapatna.
  • Pihak terbabit menuntut rumah ladang terletak di sempadan M.K. Balai polis Doddi dikosongkan dan salib dipasang di tanah kerajaan ditanggalkan.
  • Setiap hari lebih 200 orang dibawa dari kawasan lain di negeri ini dan dipaksa memeluk agama Kristian selain muzik DJ bersama pembesar suara canggih digunakan untuk mempengaruhi pemikiran penduduk di situ.

Ramnagar – Hindu Jagarana Vedike dan penduduk kampung membuat aduan kepada pihak polis pada Rabu ekoran dakwaan berlakunya penukaran agama secara paksa di sebuah rumah ladang di sini.

Pihak terbabit menuntut rumah ladang terletak di sempadan M.K. Balai polis Doddi dikosongkan dan membuang salib yang dipasang di atas tanah kerajaan, demikian lapor Siasat.com.

Menurut aduan itu, mubaligh terbabit didakwa menubuhkan tempat ibadat secara haram di kampung Kannamangala berhampiran bandar Channapatna.

Pihak terbabit mendakwa setiap hari lebih 200 individu dibawa dari kawasan lain di negeri ini dan dipaksa memeluk Kristian selain muzik DJ bersama pembesar suara canggih digunakan untuk mempengaruhi pemikiran penduduk di situ.

Apabila pihak berkuasa gagal menangani aduan penduduk kampung, mereka mendekati pertubuhan Hindu Jagaran Vedike yang turut menuntut tempat ibadat haram itu dikosongkan dan penggunaan tanah dihadkan kepada syarat lesen pentadbiran tempatan.

Penduduk kampung dan penganut Hindu juga menuntut supaya salib dan patung Yesus Kristus yang dipasang di tanah kerajaan ditanggalkan.

Malah, aduan itu turut menyatakan berlaku pencemaran bunyi akibat majlis keagamaan yang diadakan bagi menukar agama itu.

Justeru itu, pihak terbabit menuntut penukaran agama dengan membawa orang dari tempat lain dihentikan.

Penduduk kampung memberitahu apabila mereka menyoal pihak bertanggungjawab berkenaan hal itu, nyawa mereka pula diancam pihak tersebut.

Susulan insiden itu, penduduk kampung mengadakan bantahan selain pihak polis mendaftarkan kes itu dan menjalankan siasatan.

Sumber : Siasat.com

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending