Connect with us

Terkini

Tipu gelaran, deklarasi Profesor Melayu G70 dilabel terdesak ingin Anwar jadi PM

Gerakan Profesor Melayu G70 disifatkan terdesak hingga sanggup menipu menggunakan gelaran profesor semata-mata ingin menyokong Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tipu gelaran, deklarasi Profesor Melayu G70 dilabel terdesak ingin Anwar jadi PM
Foto: Ridhuan Tee
  • Kritikan itu dikemukakan pemerhati politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah susulan beliau mendakwa terdapat sebahagian daripada 70 individu tersebut menipu masyarakat dengan menggunakan gelaran profesor sekalipun sudah bersara.
  • Apabila profesor telah bersara, mereka tidak boleh bawa gelaran tersebut, kecuali profesor emeritus.
  • Beliau dakwa salah seorang daripada ‘profesor’ tersebut adalah mantan pengerusi PKR Perak yang pernah bertanding beberapa kawasan Parlimen sebagai calon PKR iaitu, Dr Muhammad Nor Manuty.
  • “Kenapa terdesak sangat kumpulan deklarasi profesor Melayu G70 ini? Sehingga sanggup menipu menggunakan nama profesor mengaburi mata rakyat menjelang PRU15, semata-mata untuk menyokong Anwar Ibrahim?”
  • “Melihat kepada senarai 70 tersebut, ramai lagi boleh dipertikaikan gelaran ‘profesor’ yang diperalatkan. Benarlah apa dikatakan Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Sebahagian puak-puak ini sanggup lakukan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat termasuk MENIPU. Sudah tidak tahukah dosa dan pahala?”

 

KUALA LUMPUR – Gerakan Profesor Melayu G70 disifatkan terdesak hingga sanggup menipu menggunakan gelaran profesor semata-mata ingin menyokong Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kritikan itu dikemukakan pemerhati politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah susulan beliau mendakwa terdapat sebahagian daripada 70 individu tersebut menipu masyarakat dengan menggunakan gelaran profesor sekalipun sudah bersara.

Ridhuan Tee berkata, apabila seseorang profesor telah bersara, mereka tidak boleh bawa gelaran tersebut, kecuali profesor emeritus.

“Benarkah semua professor? Bolehkah gelaran profesor digunakan setelah bersara? Bukanlah sesuatu menghairankan sebahagian mereka pimpinan (ahli) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).”

“Tidak terasa malukah mengaku profesor walhal ada sebahagian bukan profesor mengikut pemakaian harian. Saya begitu teruja dengan deklarasi  Profesor Melayu  G70. Pertama,  apakah benar mereka semua itu profesor? Yang saya perhati,  ada juga bekas profesor pencen, ada bekas profesor madya pencen. “ 

“Perlu dingatkan pula, apabila seseorang profesor telah bersara, mereka tidak boleh bawa gelaran tersebut, kecuali profesor emeritus. Kasihan sungguh, kononnya ‘profesor’ terdesak ini.”

“Janganlah malukan profesor yang lain dengan membawa gelaran atau label ‘profesor’ tersebut. Takkan tidak ada rasa malu,” kata beliau dalam hantaran di Facebook, pada Rabu dengan permulaan berbunyi ‘Apabila ‘profesor’ menipu untuk menghalalkan cara’.

Selain itu, beliau turut mendakwa salah seorang daripada ‘profesor’ tersebut adalah mantan pengerusi PKR Perak yang pernah bertanding beberapa kawasan Parlimen sebagai calon PKR iaitu, Dr Muhammad Nor Manuty yang juga merupakan mantan presiden ABIM.

Katanya, bukanlah satu hal menghairankan penyokong tegar Anwar, menyokong Pengerusi Pakatan Harapan itu menjadi perdana menteri.

Menurut Ridhuan Tee, jawatan terakhir individu terbabit di UIA adalah profesor madya bagaimanapun beliau telah lama bersara. 

“Kenapa terdesak sangat kumpulan deklarasi profesor Melayu G70 ini? Sehingga sanggup menipu menggunakan nama profesor untuk mengaburi mata rakyat menjelang PRU15, semata-mata untuk menyokong Anwar Ibrahim?

“Melihat kepada senarai 70 tersebut, ramai lagi yang boleh dipertikaikan akan gelaran ‘profesor’ yang diperalatkan. Benarlah apa yang dikatakan Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Sebahagian puak-puak ini sanggup lakukan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat termasuk MENIPU. Sudah tidak tahukah dosa dan pahala?” soal beliau yang sememangnya dikenali bersuara lantang.

 

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa sekumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 telah menyatakan sokongan ke atas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menyelar tindakan kumpulan tersebut kerana masih menggunakan gelaran ‘profesor’ walaupun sebahagian besarnya sudah bersara. – The Merdeka Times

 

Sumber : Facebook Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Author