Connect with us

Terkini

Penceramah DAP tuntut masyarakat Cina guna perpecahan Melayu, Islam dan sedia “upacara pengebumian”

Sebuah video yang merakamkan seorang aktivis Pakatan Harapan (PH) menggesa masyarakat Cina supaya mempergunakan situasi perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu bagi membolehkan “tumbukan maut” dilancarkan pada pilihan raya umum tular dalam aplikasi media sosial, hanya beberapa jam sebelum kempen berakhir secara rasmi tengah malam ini.

Wartawan TMT

Published

on

Penceramah DAP tuntut masyarakat Cina guna perpecahan Melayu, Islam dan sedia “upacara pengebumian”
Foto: Tangkap layar penceramah kontroversi DAP, Hew Kuan Yew dalam video tular di media sosial.
  • Sebuah video tular di media sosial, beberapa jam sebelum kempen berakhir secara rasmi tengah malam tadi memaparkan penceramah kontroversi DAP, Hew Kuan Yew gesa masyarakat Cina mempergunakan situasi perpecahan masyarakat Melayu bagi membolehkan “tumbukan maut” dilancarkan pada PRU.
  • Hew mengesahkan kenyataan  itu, namun dakwa sarikata bahasa Melayu dalam video itu tidak gambarkan secara tepat isu sedang beliau bangkitkan.
  • “Sekarang biarkan Melayu yang nak ketuanan Melayu, Melayu balut kepala yang nak ketuanan Islam, maksudnya PAS jah**** itu.”
  • “Apabila mereka bersatu, kami Cina tak dapat hidup. Bila mereka berpecah belah, itulah masa kita tumbuk mereka sampai mam***.”
  • Hew turut menggesa sokongan diberikan kepada parti-parti komponen yang membentuk PH iaitu PKR, DAP, Amanah, Upko dan Muda.
  • Hew berkata sebuah “upacara pengebumian” sedang disiapkan pada Isnin untuk mereka berpakaian biru, dipercayai merujuk BN dan PN.

Sebuah video yang merakamkan seorang aktivis Pakatan Harapan (PH) menggesa masyarakat Cina supaya mempergunakan situasi perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu bagi membolehkan “tumbukan maut” dilancarkan pada pilihan raya umum tular dalam aplikasi media sosial, hanya beberapa jam sebelum kempen berakhir secara rasmi tengah malam ini.

Dalam video itu, penceramah kontroversi dari DAP, Hew Kuan Yew dilihat memberitahu hadirin dalam ceramah kempennya bahawa perpecahan Melayu sepatutnya disambut baik oleh masyarakat Cina.

“Sekarang biarkan Melayu yang nak ketuanan Melayu, Melayu yang balut kepala yang nak ketuanan Islam, maksudnya PAS yang jah**** itu,” kata Hew dalam bahasa Kantonis.

“Sekarang biarkan mereka yang ketuanan Melayu dan mereka beragama Islam yang boleh mampus berpecah belah.

“Apabila mereka bersatu, kami Cina tak dapat hidup. Bila mereka berpecah belah, itulah masa kita tumbuk mereka sampai mam***.”

Video berdurasi satu minit itu turut disertakan dengan sari kata dalam bahasa Melayu.

Hew, yang lebih dikenali sebagai “Superman Hew” mengesahkan memberikan kenyataan tersebut, namun mendakwa sarikata bahasa Melayu dalam video itu tidak menggambarkan secara tepat mengenai isu yang sedang beliau bangkitkan.

Dalam sebuah hantaran Facebook, beliau turut menuduh MCA telah menyunting rakaman ceramahnya dan menambah sarikata untuk digunakan oleh Umno, supaya ia boleh disebarkan kepada masyarakat Melayu.

Ketika dihubungi MalaysiaNow, Hew berkata beliau menentang mana-mana parti politik “bersayap kanan” dan “perkauman” yang menggunakan agama bagi meraih undi.

“Masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang bangsa harus memberi sokongan padu kepada PH demi membentuk sebuah kerajaan baru yang bersih, sederhana, dengan minda reformasi tulen, menghormati hak berbilang kaum, khususnya dari segi sosial budaya,” katanya. 

Hew berkata beliau akan terus berkempen untuk PH, menyifatkan gabungan itu sebagai “progresif dan inklusif”.

“Saya sentiasa bersedia membantu sesiapa yang anti-BN dan PN yang munafik, inilah prinsip dan kriteria saya ketika meneliti undangan untuk berceramah,” katanya.

‘Tengok tumbukan saya’

Dalam video tular itu, Hew turut menggesa sokongan diberikan kepada parti-parti komponen yang membentuk PH iaitu PKR, DAP, Amanah, Upko dan Muda.

“Politik Melayu, politik kaum dan politik agama, biar mereka tikam sesama sendiri.

“Sekarang mereka berpecah belah, kita kena bersatu.,” katanya.

Sambil mengacungkan penumbuknya, Hew kemudiannya menggayakan cara beliau melancarkan pukulan maut.

“Tengok buku lima saya… (ditapis)”

Hew berkata sebuah “upacara pengebumian” sedang disiapkan pada Isnin untuk mereka yang berpakaian biru, dipercayai merujuk Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, dua gabungan diterajui parti Melayu yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Alangkah baik mengadakan upacara pengebumian pada hari Sabtu juga,” tambahnya.

Ini bukan kali pertama Hew mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Pada 2016, beliau turut dirakam dalam sebuah video  menggesa rakyat Sarawak untuk “menggunakan Melayu untuk ‘skru’ Melayu” semasa kempen pilihan raya di negeri itu. 

Beliau kemudiannya meletak jawatan daripada DAP pada tahun yang sama, namun masih terus mempromosikan parti tersebut.

Selepas PH berkuasa, Hew dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC).

Beliau kemudiannya sekali lagi mengundang kontroversi berhubung penerbitan buku komik yang diharamkan kerana mempunyai propaganda komunis.

Sumber : Malaysia Now

 

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending