Connect with us

Antarabangsa

Korban gempa bumi di Jawa Barat meningkat kepada 162 orang

Jumlah korban akibat gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter yang melanda wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Isnin meningkat kepada 162 orang.

Wartawan TMT

Published

on

Korban gempa bumi di Jawa Barat meningkat kepada 162 orang
Foto: Gempa bumi di Cianjur
  • Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil berkata dalam tempoh 24 jam lalu seramai 326 orang diberikan rawatan dengan kebanyakan mangsa alami patah tulang akibat ditimpa runtuhan bangunan.
  • Sebahagian besar mangsa cedera adalah kanak-kanak dengan doktor merawat pesakit di kawasan luar hospital susulan bekalan elektrik terputus selama beberapa jam.
  • Operasi SAR (mencari dan menyelamat) dipergiat mengesan ratusan penduduk masih hilang.
  • Gegaran cetuskan tanah runtuh di kawasan bencana tapi tidak cetuskan tsunami.
  • Agensi Mitigasi Bencana Nasional Indonesia (BNPB) menyebut lebih 2,000 rumah rosak dan kira-kira 13,000 penduduk dibawa ke pusat pemindahan.

 

CIANJUR – Jumlah korban akibat gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter yang melanda wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Isnin meningkat kepada 162 orang.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil berkata, dalam tempoh 24 jam lalu seramai 326 orang diberikan rawatan dengan kebanyakan mangsa mengalami patah tulang akibat ditimpa runtuhan bangunan.

Tambahnya, sebahagian besar mangsa yang cedera adalah kanak-kanak dengan doktor merawat pesakit di kawasan luar hospital susulan bekalan elektrik terputus selama beberapa jam.

“Operasi SAR (mencari dan menyelamat) dipergiat bagi mengesan ratusan penduduk yang masih hilang,” katanya.

Difahamkan, gegaran turut mencetuskan tanah runtuh di kawasan bencana.

Agensi Mitigasi Bencana Nasional Indonesia (BNPB) dalam satu kenyataan menyebut bahawa lebih 2,000 rumah rosak dan kira-kira 13,000 penduduk dibawa ke pusat pemindahan.

Advertisement

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan, gempa bumi berlaku pada jam 1.21 tengah hari (waktu tempatan).

Pusat gempa berada di barat daya daerah Cianjur pada kedalaman 10 kilometer (km).

Bagaimanapun BMKG menyatakan gempa bumi itu tidak mencetuskan tsunami.

Pun begitu, Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati memberi amaran kepada penduduk di sekitar kawasan gempa supaya berwaspada dengan gegaran susulan. – Agensi

Sumber : Sinar Harian

 

Advertisement

Antarabangsa

Parlimen Rusia lulus undang-undang haramkan promosi LGBT di semua peringkat umur

Parlimen Rusia semalam meluluskan rang undang-undang yang memperluaskan larangan mempromosikan propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur, demikian lapor Reuters.

Wartawan TMT

Published

on

Parlimen Rusia haramkan promosi LGBT di semua peringkat umur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Undang-undang baharu itu akan menyebabkan sebarang bentuk ekspresi gaya hidup LGBT hampir mustahil ditonjolkan di Rusia, bagaimanapun ia masih memerlukan kelulusan dewan atasan Parlimen dan Presiden Vladimir Putin.
  • Di bawah undang-undang itu, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda yang berat.
  • Rang undang-undang baharu itu juga melarang ‘demonstrasi’ tingkah laku LGBT kepada golongan kanak-kanak.

MOSCOW – Parlimen Rusia semalam meluluskan rang undang-undang yang memperluaskan larangan mempromosikan propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur, demikian lapor Reuters.

Ia akan menyebabkan sebarang bentuk ekspresi gaya hidup LGBT hampir mustahil ditonjolkan di Rusia.

Bagaimanapun rang undang-undang itu masih memerlukan kelulusan dewan atasan Parlimen dan Presiden Vladimir Putin sebelum dikuatkuasakan.

Di bawah undang-undang baharu itu, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda yang berat.

Sebelum ini, negara terbesar di dunia itu hanya mengharamkan promosi gaya hidup LGBT ditujukan kepada kanak-kanak.Ā 

Rang undang-undang baharu itu juga melarang ‘demonstrasi’ tingkah laku LGBT kepada kelompok kanak-kanak.

Penggubal undang-undang berkata mereka mempertahankan nilai tradisional “dunia Rusia” terhadap nilai liberal barat yang dikatakan begitu tekad untuk memusnahkan mereka – hujah itu juga semakin digunakan pegawai sebagai salah satu justifikasi untuk kempen ketenteraan Rusia di Ukraine.

Advertisement

Pihak berkuasa di Rusia juga menggunakan undang-undang sedia ada untuk menghentikan perarakan kebanggaan gay dan menahan aktivis hak gay di negara itu.Ā 

Sumber : Reuters

 

 

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending