Antarabangsa
Junta Myanmar rogol,bunuh lebih 300 wanita dan kanak-kanak
Sekurang-kurangnya 308 wanita dan kanak-kanak perempuan telah dibunuh tentera junta Myanmar sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lalu.
- Ia berlaku sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lalu.
- Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) mendakwa daripada jumlah itu, 12 mangsa termasuk kanak-kanak telah diserang secara seksual sebelum dibunuh dan mayat mereka dibakar bagi menghapuskan bukti.
- Secara keseluruhan polis dan tentera bunuh 2,327 orang sejak rampasan kuasa menyaksikan bekas Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi dihumban ke dalam penjara.
- Tentera junta terima pakai rogol, penyeksaan serta penderaan seksual terhadap orang awam sebagai senjata perang.
YANGON – Sekurang-kurangnya 308 wanita dan kanak-kanak perempuan telah dibunuh tentera junta Myanmar sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lalu.
Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) mendakwa daripada jumlah itu, 12 mangsa termasuk kanak-kanak telah diserang secara seksual sebelum dibunuh dan mayat mereka dibakar bagi menghapuskan bukti.
NUCC mengeluarkan kenyataan itu dua hari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan kempen 16 Hari Menentang Keganasan Berasaskan Gender pada 25 November lalu.
“Wanita dan kanak-kanak perempuan sering menjadi mangsa keganasan setiap kali berlakunya konflik di Myanmar termasuk dirogol, diseksa dan dibunuh,” menurut kenyataan NUCC.
Berdasarkan data dikumpul NUCC, secara keseluruhan polis dan tentera telah membunuh 2,327 orang sejak rampasan kuasa yang menyaksikan bekas Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi dihumban ke dalam penjara.
Tambah NUCC lagi, tentera junta menerima pakai rogol, penyeksaan serta penderaan seksual terhadap orang awam sebagai senjata perang hampir setiap hari sejak tercetusnya konflik di negara berkenaan.
Junta kini berusaha untuk menumpaskan pemberontakan awam bersenjata yang cuba mencabar kuasa pemimpin diktator Jeneral Ming Aung Hlaing. – Agensi
Sumber : Sinar Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times