Connect with us

Antarabangsa

Filipina hukum penjara 129 tahun ke atas lelaki Australia pendera seks kanak-kanak

Seorang lelaki Australia dijatuhi hukuman penjara 129 tahun di Filipina sebagai sebahagian daripada kes penderaan seksual kanak-kanak melibatkan mangsa seawal usia 18 bulan.

Wartawan TMT

Published

on

Filipina hukum penjara 129 tahun ke atas lelaki Australia pendera seks kanak-kanak
Foto: Peter Gerard Scully.
  • Mahkamah Cagaya de Oro, Filipina menjatuhkan hukuman penjara 129 tahun ke atas seorang lelaki Australia, Peter Gerard Scully kerana kes penderaan seksual kanak-kanak.
  • Hukuman itu adalah tambahan kepada hukuman penjara seumur hidup yang sedang dijalaninya kerana merogol dan memperdagangkan gadis.
  • Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan adalah antara mangsanya.
  • Scully menjalankan perniagaan seks siber bersama teman wanitanya, Lovely Margallo dan dua lagi individu yang turut dihukum penjara.

Seorang lelaki Australia dijatuhi hukuman penjara 129 tahun di Filipina sebagai sebahagian daripada kes penderaan seksual kanak-kanak melibatkan mangsa seawal usia 18 bulan.

Pendakwa raya, Merlynn Barola-Uy pada Rabu berkata ia adalah sabitan kedua bagi Peter Gerard Scully, yang sudah menjalani hukuman penjara seumur hidup, kerana merogol dan memperdagangkan gadis.

Mahkamah Cagayan de Oro menjatuhkan hukuman itu pada 3 November lalu selepas Scully dan tiga tertuduh lain menandatangani perjanjian rundingan pengakuan.

Kesemua tertuduh didakwa atas 60 kesalahan, termasuk pemerdagangan, pornografi kanak-kanak, penderaan kanak-kanak dan rogol.

Teman wanita Scully, Lovely Margallo, dijatuhi hukuman penjara 126 tahun, manakala dua lagi dikenakan hukuman tidak kurang sembilan tahun penjara.

Mangsa termasuk seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dan seorang kanak-kanak yang mayatnya ditemui tertanam di bawah lantai rumah yang disewa Scully.

Scully ditangkap pada 2015 di Malaybalay, sebuah lagi bandar di selatan Filipina, selepas melarikan diri dari Australia pada 2011 kerana kes penipuan di negara itu.

Dia kemudiannya menubuhkan perniagaan seks siber, merakam gadis remaja daripada keluarga miskin ketika dia melakukan hubungan seks dengan mereka atau menggunakan alat mainan seks.

Video pornografi itu didakwa dijual kepada pelanggan di Jerman, Amerika Syarikat dan Brazil.

Kebanyakan individu yang membayar untuk menonton video seks ini berada di luar negara, dengan kemungkinan beribu-ribu kanak-kanak didera dan selalunya dengan persetujuan ibu bapa mereka, kata pihak berkuasa.

Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2021 berkata, Filipina adalah salah satu sumber global utama bahan penderaan seks kanak-kanak.

Sumber: SCMP

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending