Antarabangsa
Beratus jemaah masjid dan gereja dibunuh pelampau agama di Nigeria – Uskup Katolik
Uskup Katolik dari Nigeria, Matthew Hassan Kukah mendakwa negaranya menjadi ‘kawah keganasan’ di tangan pelampau Islam.

- Uskup Katolik dari Nigeria, Matthew Hassan Kukah mendakwa negaranya menjadi ‘kawah keganasan’ di tangan pelampau Islam.
- Menurutnya, keganasan itu turut dilakukan terhadap orang Islam sendiri dan Kristian yang terperangkap dalam peperangan antara mazhab.
- Kukah menggesa pemimpin agama dunia untuk bekerjasama menentang mereka yang melakukan keganasan.
INDONESIA – Uskup Katolik dari Nigeria, Matthew Hassan Kukah mendakwa negaranya menjadi ‘kawah keganasan’ di tangan pelampau Islam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Agama G20 yang dihoskan parti politik Nahdlatul Ulama di Bali, semalam.
Menurutnya, keganasan itu turut dilakukan terhadap orang Islam sendiri dan Kristian yang terperangkap dalam peperangan antara mazhab.
“Setiap hari, berita tentang penculikan, rompakan bersenjata, penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kes pembunuhan rakyat yang tidak bersalah berterusan.
“Ruang suci kami telah menjadi tempat pembunuhan. Beratus-ratus jemaah masjid dan gereja telah dibunuh di seluruh negara,” katanya.
Kukah memuji pihak penganjur kerana mengambil langkah ‘mencegah penggunaan senjata’ dan ‘mengekang penyebaran kebencian komunal’.
Antara keganasan dilakukan pelampau Islam adalah penculikan rakan paderi dan kes Deborah Samuel, seorang pelajar Kristian yang pada 13 Mei dituduh menghujat serta dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan pelajar Islam.
Kukah menggesa pemimpin agama dunia untuk bekerjasama menentang mereka yang melakukan keganasan.
Beliau menyeru kerajaan untuk menamatkan diskriminasi agama dan mempertahankan perlembagaan negara mereka.
Sumber: Catholic News Agency

You must be logged in to post a comment Login