Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Al-Quran dibakar dan dibuang zionis Israel

Zionis Israel membakar naskah suci Al-Quran dan membuangnya di tong sampah sekitar bandar al-Khalil di Tebing Barat pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Al-Quran dibakar dan dibuang zionis Israel

Zionis Israel membakar naskah suci Al-Quran dan membuangnya di tong sampah sekitar bandar al-Khalil di Tebing Barat pada Isnin.

Menurut Pengarah Jabatan Wakaf al-Khalil, Nidal Al Jabari, mushaf-mushaf yang telah hangus itu ditemui berdekatan Masjid Qaytoun dan Masjid Ibrahimi di bandar itu. 

Dia percaya mushaf-mushaf al-Quran itu dibakar ketika pesta perayaan Yahudi yang berlangsung baru-baru ini dan meminta siasatan segera dilakukan.

Katanya, tindakan membakar Al-Quran kali ini berlaku berikutan beberapa siri pencerobohan baru-baru ini yang dilakukan zionis terhadap Masjid Ibrahimi dan rumah penduduk Palestin di sekelilingnya.

Gerakan pembebasan Palestin, Hamas menyifat tindakan itu sebagai tindakan baharu yang pertama kali berlaku dan merupakan provokasi sentimen umat Islam.

Al-Khalil, yang juga dikenali sebagai Hebron dalam bahasa Ibrani, adalah bandar terbesar di Tebing Barat dan menempatkan lebih 200,000 penduduk Palestin. 

Kira-kira 1,000 pendatang haram zionis, yang sering melakukan serangan ke atas rakyat Palestin, juga tinggal di sana di bawah perlindungan tentera rejim yang ketat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengecam tindakan zionis itu.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau menyifatkan tindakan itu melampaui batas moral dan kebebasan bersuara.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk bersama-sama menentang segala tindakan berunsur kebencian dan keganasan, termasuk Islamofobia.

Reference: Al Bawaba

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending