Connect with us

Terkini

Shafee bebas pertuduhan pengubahan wang haram

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah jelas gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya dari semua empat pertuduhan terhadap dirinya pada Jumaat.

Wartawan TMT

Published

on

Shafee bebas pertuduhan pengubahan wang haram
Foto: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sumber FMT.
  • Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah jelas gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya dari semua empat pertuduhan terhadap dirinya.
  • Beliau menyifatkan pembebasan dirinya daripada kesemua empat pertuduhan adalah kerana hujah yang kukuh daripada pasukan pembelaan.
  • Empat pertuduhan pengubahan wang haram itu berjumlah RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Razak dan membuat penyata pendapatan tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee.

KUALA LUMPUR – Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah jelas gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya dari semua empat pertuduhan terhadap dirinya pada Jumaat.

Beliau yang ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejurus selesai prosiding kes pengubahan wang RM9.5 juta menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasukan pembelaannya.

“Saya rasa anda semua telah mendengar keputusan Hakim pagi tadi dan pada pendapat saya sebab utama pembebasan saya daripada kesemua empat pertuduhan adalah kerana hujah yang kukuh daripada pasukan pembelaan.

“Hujah berkenaan amat utuh dan original malah sesuatu yang baharu dalam undang-undang khususnya membabitkan AMLA (pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram),” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Muhammad Shafee berkata, beliau amat berterima kasih kepada pasukan pembelaannya yang telah membuat kajian terperinci dan menghasilkan hujah-hujah yang jitu sehingga meyakinkan mahkamah untuk membebaskan dirinya daripada semua pertuduhan.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan, Mohammad Shafee, 70, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan membuat penyata pendapatan tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending