Antarabangsa
Penderaan seksual kanak-kanak jadi ‘epidemik kebangsaan’ di Britain – IICSA
Siasatan awam selama tujuh tahun di Britain menyimpulkan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di negara itu telah menjadi epidemik kebangsaan yang menjejaskan berjuta-juta mangsa sejak beberapa dekad lalu, demikian lapor Press TV.
- Perkara itu didedahkan siasatan awam dilakukan Inkuiri Bebas Penderaan Kanak-Kanak (IICSA) sejak 2014.
- Siasatan awam itu mendedahkan perbuatan ngeri terbabit disembunyikan selama beberapa dekad ekoran institusi dan ahli politik memilih mengutamakan reputasi berbanding kebajikan golongan muda.
- Penderaan melibatkan kanak-kanak dan bayi itu dilaporkan sering berlaku babitkan individu dikenali dan dipercayai mangsa, di mana pelaku turut menggunakan keganasan melampau dan tindakan sadisme.
- Siasatan awam itu turut mengumpulkan butiran kes penderaan mengerikan melibatkan Gereja Katolik, Gereja England dan hab politik Britain di Westminster.
Siasatan awam selama tujuh tahun di Britain menyimpulkan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di negara itu telah menjadi epidemik kebangsaan yang menjejaskan berjuta-juta mangsa sejak beberapa dekad lalu, demikian lapor Press TV.
Siasatan dilakukan Inkuiri Bebas Penderaan Kanak-Kanak (IICSA) mendedahkan perbuatan ngeri itu disembunyikan selama beberapa dekad ekoran institusi dan ahli politik memilih untuk mengutamakan reputasi berbanding kebajikan golongan muda.
Pakar penjagaan sosial yang mengetuai siasatan awam itu, Alexis Jay berkata, “sifat dan skala penderaan yang kita hadapi adalah mengejutkan dan sangat mengganggu. Ini bukan sekadar penyelewengan sejarah yang berlaku beberapa dekad lalu, ia adalah masalah yang kian meningkat dan menjadi epidemik kebangsaan.”
Siasatan awam itu bermula Julai 2014 di mana ia merupakan satu penyiasatan terbesar dan paling mahal pernah dilakukan di Britain menyaksikan penerbitan 15 penyiasatan dan puluhan laporan lain serta mendengar 725 saksi semasa 325 perbicaraan, bermula pada Februari 2017 selain memproses hampir 2.5 juta bahan bukti.
Siasatan awam itu turut mengumpulkan butiran kes penderaan mengerikan melibatkan Gereja Katolik, Gereja England dan hab politik Britain di Westminster.
Pada masa sama, lebih 6,000 mangsa dan mangsa penderaan yang terselamat turut mengaitkan pengalaman mereka dengan siasatan awam ‘Truth Project’ itu.
Penderaan melibatkan kanak-kanak dan bayi itu dilaporkan sering berlaku membabitkan individu dikenali dan dipercayai mangsa di mana pelaku turut menggunakan keganasan melampau dan tindakan sadisme iaitu menyebabkan kesakitan fizikal memeritkan.
Statistik turut menunjukkan peningkatan 45 peratus bagi kesalahan terbabit melibatkan mangsa berumur di bawah empat tahun.
Bahkan, siasatan awam itu berkata langkah perlindungan sedia ada masih belum mencukupi.
Ketua Undang-undang Penderaan di Slater dan Gordon, Richard Scorer berkata, “kami akan berjuang untuk mengukuhkan cadangan (perlindungan) ini melalui Parlimen supaya generasi kanak-kanak akan datang boleh mendapatkan perlindungan menyeluruh yang mereka perlukan”.
Sumber: Press TV
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar