Terkini
Penampilan empat transgender dalam acara ratu cantik di KL tidak diketahui pihak hotel
Baru-baru ini terdapat satu acara ratu cantik diadakan di sebuah hotel sekitar ibu kota yang turut memperagakan empat transgender.

- Pihak hotel sendiri tidak tahu mengenai kewujudan model LGBT terbabit yang tiba-tiba muncul di atas pentas.
- “Pada malam itu saya tengok sendiri rasa macam nak pengsan sebab saya kira ada empat model (transgender) terselit di tengah-tengah peserta perempuan.
- “Saya sendiri memang tidak tahu siapa penganjur dan program itu berlaku dengan sangat cepat,” katanya kepada The Merdeka Times.
- “Saya kena marah ‘kaw kaw’ sebab pihak hotel dilarang mengambil majlis sebegitu,” katanya yang tidak menyangka rakaman majlis tersebut dimuat naik oleh peguam dan aktivis, Siti Kasim di Facebooknya, minggu lalu.
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini terdapat satu acara ratu cantik diadakan di sebuah hotel sekitar ibu kota yang turut memperagakan empat transgender.
Menurut jurucakap hotel berkenaan, pihaknya sendiri tidak tahu mengenai kewujudan model LGBT terbabit yang tiba-tiba muncul di atas pentas
“Pada malam itu saya tengok sendiri rasa macam nak pengsan sebab saya kira ada empat model (transgender) terselit di tengah-tengah peserta perempuan.
“Sebab majlis ini pada mulanya memang ada model kategori lelaki dan perempuan, model Haneesya Hanee yang hitam manis itu pun ada.
“Saya sendiri memang tidak tahu siapa penganjur dan program itu berlaku dengan sangat cepat,” katanya kepada The Merdeka Times.
Tambahnya, majlis yang diadakan merupakan acara tertutup dan penganjurnya seperti ‘nampak tidak nampak’ sahaja.
“Banyak benda yang penganjur rahsiakan sebenarnya, jadi saya sendiri tak berani hendak memberitahu.
“Kalau kita tahu memang tidak akan ambil sebab pihak atasan tidak suka.
“Saya kena marah ‘kaw kaw’ sebab pihak hotel dilarang mengambil majlis sebegitu,” katanya yang tidak menyangka rakaman majlis tersebut dimuat naik oleh peguam dan aktivis, Siti Kasim di Facebooknya, minggu lalu.
Memetik perkongsian peguam bela dan peguamcara, Ainnur Liyana Ya’akub, di laman Facebooknya, beliau mengulas mengenai isu ini dari sudut kanun undang-undang Malaysia.
“Berpakaian seperti jantina yang berlawanan bukan suatu jenayah di bawah Kanun Keseksaan Malaysia.
“Bagaimanapun, ia merupakan satu kesalahan jenayah syariah mengikut undang-undang syariah di setiap negeri di Malaysia,” katanya.
Tamsilnya, ‘cross-dressing’ merupakan jenayah syariah di bawah Seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 apabila dilakukan untuk tujuan tidak bermoral.
Pelakunya boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh enam bulan.- The Merdeka Times
