Connect with us

Komuniti

Ibadat Haji 2023 akan dahulukan jemaah tahun 2020

Keutamaan menunaikan ibadat Haji bagi 2023 akan diberikan kepada bakal jemaah yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran terbuka sedia ada.

Wartawan TMT

Published

on

Ibadat Haji 2023 akan dahulukan jemaah tahun 2020
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keutamaan menunaikan ibadat Haji bagi 2023 akan diberikan kepada bakal jemaah yang tersenarai pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya.
  • Hal ini disebabkan penangguhan ibadat haji untuk rakyat Malaysia akibat pandemik Covid-19 selama dua tahun.
  • Tabung Haji (TH) masih mengikut konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” yang telah dilaksanakan sejak 1995.

KUALA LUMPUR – Keutamaan menunaikan ibadat Haji bagi 2023 akan diberikan kepada bakal jemaah yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran terbuka sedia ada.

Tabung Haji (TH) dalam kenyataan pada Khamis, memaklumkan, ini disebabkan penangguhan ibadat haji untuk rakyat Malaysia akibat pandemik Covid-19 selama dua tahun dan mengikut konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” yang telah dilaksanakan sejak 1995.

“Pada setiap musim haji terdapat kekosongan yang disebabkan permohonan untuk menangguh giliran haji atas pelbagai sebab seperti kesihatan, pendidikan anak dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kekosongan ini akan diisi dengan senarai jemaah yang menunggu atau pertimbangan diberikan kepada mereka yang membuat permohonan rayuan. Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan,” menurut kenyataan itu.

TH memaklumkan kerajaan Arab Saudi kini giat membangunkan dua kota suci, Makkah dan Madinah bagi meningkatkan fasiliti dan kapasiti jemaah untuk memberi keselesaan kepada para jemaah haji dan umrah di masa akan datang.

Kenyataan itu menyebut berdasarkan Visi 2030 Kerajaan Arab Saudi, jumlah jemaah haji disasarkan meningkat kepada 5.4 juta menjelang 2030.

“Oleh yang demikian, TH juga optimis jumlah jemaah haji negara akan meningkat dan ini akan membolehkan masa menunggu tunai haji dapat dipendekkan,” menurut TH.

Melalui sistem pendaftaran terbuka sedia ada, TH memaklumkan para pendeposit boleh mendaftar menunaikan haji apabila simpanan mencecah RM1,300 dan akan diberi giliran tahun peruntukan menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.

Setakat ini, seramai 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Kuota haji Malaysia dan lain-lain negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara. Buat masa ini, Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan kuota haji rasmi dan syarat-syarat pemilihan bakal jemaah haji untuk musim haji 1444 Hijrah,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, TH komited menambah baik proses demi kepentingan pendeposit dan jemaah serta mengalu-alukan cadangan orang ramai bagi menambah baik perkhidmatan pada masa hadapan. – Bernama

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending