Connect with us

Antarabangsa

“Agama Islam tidak serasi dengan masyarakat di sini” , kajian dedah sikap anti-Islam semakin menebal di Jerman

Sikap anti-Islam berleluasa di Jerman, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Majlis Pakar Integrasi dan Migrasi (SVR).

Wartawan TMT

Published

on

“Agama Islam tidak serasi dengan masyarakat di sini” , kajian dedah sikap anti-Islam semakin menebal di Jerman
Foto: Sumber Anadolu Agency.
  • Hampir 48 peratus responden percaya “Islam tidak serasi dengan masyarakat Jerman.
  • Jerman mempunyai jumlah penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.
  • Hampir 44 peratus responded berpendapat organisasi Islam perlu dipantau oleh agensi keselamatan negara.
  • Majlis Pakar Integrasi dan Migrasi (SVR) menyeru tindakan yang lebih kuat untuk menentang sikap anti-Islam.
  • Komuniti agama perlu melibatkan diri lebih rapat, berkomunikasi antara penganut agama untuk mengurangkan prasangka.

Sikap anti-Islam berleluasa di Jerman, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Majlis Pakar Integrasi dan Migrasi (SVR).

Hampir 48 peratus responden berkata mereka percaya “Islam tidak serasi dengan masyarakat Jerman,” manakala 29 peratus mencadangkan  agar amalan Islam disekat di negara itu.

Dalam laporan tersebut, para penyelidik menyebut yang sikap negatif terhadap Islam itu ada di semua kumpulan yang dikaji, samada yang pernah berhijrah atau tidak.

Hampir 44 peratus rakyat Jerman yang berpendapat bahawa organisasi Islam harus dipantau oleh agensi keselamatan negara itu, manakala hanya 16 peratus menentang langkah sedemikian.

Sikap anti-Islam adalah normal di kalangan pendatang yang tiba di Jerman dari negara bukan Islam. Bagaimanapun orang yang mempunyai hubungan sosial dengan orang Islam, kurang cenderung untuk mempunyai sikap anti-Islam, menurut laporan itu.

Kajian SVR juga menganalisis sikap anti-Semitik di Jerman dan menyimpulkan bahawa anti-Semitisme tersebar luas dalam kalangan masyarakat Jerman dan pendatang di negara itu.

Justeru bagi mengurangkan prasangka, kajian tersebut mencadangkan komuniti agama memperbanyakkan komunikasi antara satu sama lain.

Advertisement

Dengan populasi lebih 84 juta penduduk, Jerman mempunyai jumlah penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis. Ia adalah rumah kepada kira-kira 4.7 juta orang Islam, menurut angka rasmi.

Negara itu menyaksikan isu rasis dan Islamofobia yang semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini ekoran didorong oleh propaganda kumpulan dan parti sayap kanan, yang telah mengeksploitasi krisis pelarian dan cuba mencetuskan ketakutan terhadap pendatang.

Pihak berkuasa Jerman mencatatkan sekurang-kurangnya 662 jenayah kebencian Islamofobia pada 2021. Lebih 46 masjid diserang antara Januari dan Disember tahun lalu, dan sekurang-kurangnya 17 orang mengalami kecederaan akibat keganasan anti-Muslim.

Reference: Anadolu Agency

Author

Advertisement

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending