Connect with us

Antarabangsa

37 peratus terbunuh dalam insiden tembak menembak polis di Uttar Pradesh adalah Muslim

Seramai 166 individu terbunuh dan 4,453 dilaporkan cedera dalam insiden tembak-menembak membabitkan pihak polis dalam tempoh lima tahun lalu, kata Ketua Menteri Uttar Pradesh, Adityanath dipetik Maktoob Media.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

37 peratus terbunuh dalam insiden tembak menembak polis di Uttar Pradesh adalah Muslim
Foto: Sumber Maktoob Media.
  • Seramai 166 individu terbunuh dan 4,453 cedera dalam insiden tembak-menembak membabitkan pihak polis dalam tempoh lima tahun lalu, kata Ketua Menteri Uttar Pradesh, Adityanath.
  • Pengkritik dan badan hak asasi mendakwa kejadian tembakan itu adalah dirancang dan majoriti individu terbunuh adalah daripada komuniti Dalit, Muslim dan OBC (komuniti terkebelakang).
  • Antara 2017 dan 2020, kira-kira 37 peratus daripada mereka yang terbunuh dalam insiden membabitkan pihak polis di Uttar Pradesh adalah beragama Islam.
  • Adityanath yang juga tokoh kontroversi Hindutva dari BJP berkata perkara itu hasil dasar “toleransi sifar” kerajaannya terhadap jenayah dan memastikan tiada penjenayah kekal bebas di negeri itu, sama ada mereka ditahan dalam penjara atau dibunuh.

INDIA – Seramai 166 individu terbunuh dan 4,453 dilaporkan cedera dalam insiden tembak-menembak membabitkan pihak polis dalam tempoh lima tahun lalu, kata Ketua Menteri Uttar Pradesh, Adityanath dipetik Maktoob Media.

Tokoh kontroversi Hindutva dan pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) itu memaklumkan demikian ketika berucap pada Perbarisan Hari Peringatan Polis di Lucknow pada Jumaat lalu.

Pengkritik dan badan hak asasi mendakwa kejadian tembakan itu adalah dirancang dan majoriti individu terbunuh adalah daripada komuniti Dalit, Muslim dan OBC (komuniti terkebelakang).

Antara 2017 dan 2020, kira-kira 37 peratus daripada mereka yang terbunuh dalam insiden membabitkan pihak polis di Uttar Pradesh adalah beragama Islam.

Adityanath mendakwa perkara itu hasil dasar “toleransi sifar” kerajaannya terhadap jenayah dan memastikan tiada penjenayah kekal bebas di negeri itu, sama ada mereka ditahan dalam penjara atau dibunuh.

Ketua Menteri itu berkata seramai 13 anggota polis turut terkorban dan lebih 1,000 mengalami kecederaan dalam tempoh lima tahun lalu. 

“Saya memberi jaminan kepada keluarga anggota polis yang maut bahawa kerajaan sentiasa mengambil semua langkah perlu dengan penuh peka untuk kebajikan mereka dan memenuhi semua keperluan mereka dan akan terus berbuat demikian,” kata Adityanath.

Sumber: Maktoob Media 

Author