Connect with us

Antarabangsa

Mark Zuckerberg, isteri disaman atas dakwaan penipuan dana pilihan raya presiden 2020

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, isterinya dan tiga kumpulan hak mengundi, disaman Center for Renewing America (CRA) atas dakwaan penipuan dana pilihan raya presiden 2020.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mark Zuckerberg, isteri disaman atas dakwaan penipuan dana pilihan raya presiden 2020
Foto: Mark Zuckerberg dan isterinya.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, isterinya dan tiga kumpulan hak mengundi, disaman Center for Renewing America (CRA) atas dakwaan penipuan dana pilihan raya presiden 2020.
  • CRA mendakwa Zuckerberg menyalurkan kira-kira USD500 juta kepada Center for Tech and Civic Life (CTCL), Center for Election Innovation and Research (CEIR) dan National Vote at Home Institute (NVAHI) untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden itu.
  • Dana itu kemudian disalurkan ke kawasan yang cenderung kepada Demokrat bertujuan memindahkan negeri-negeri kompetitif memihak kepada Presiden Joe Biden.
  • Jurucakap Zuckerberg menafikan dakwaan aduan itu dan memetik keputusan sebulat suara Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan bahawa dana kepada CTCL dan CEIR tiada unsur politik.

Washington – Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, isterinya dan tiga kumpulan hak mengundi, disaman Center for Renewing America (CRA) atas dakwaan penipuan dana pilihan raya presiden 2020.

CRA mendakwa Zuckerberg menyalurkan kira-kira USD500 juta kepada Center for Tech and Civic Life (CTCL), Center for Election Innovation and Research (CEIR) dan National Vote at Home Institute (NVAHI) untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden itu.

Fox Business melaporkan, dana itu kemudian disalurkan ke kawasan yang cenderung kepada Demokrat bertujuan memindahkan negeri-negeri kompetitif memihak kepada Presiden Joe Biden.

Pengurus kempen pilihan raya Obama, David Plouffe dilaporkan menjadi ‘orang Zuckerberg’ dalam usaha itu.

Siasatan House Republican terhadap penggunaan dana oleh CTCL mendapati sebahagian besar daripada apa yang dipanggil “Zuckerbucks” itu dibelanjakan untuk keluar mengundi dan usaha pendaftaran pengundi. 

Sejak itu, penggubal undang-undang Republikan bertindak untuk mengharamkan penggunaan dana persendirian dalam pilihan raya sebagai respon kepada kontroversi itu.

Sehubungan itu, CRA meminta pengecualian cukai kepada CTCL, CEIR dan NVAHI serta Zuckerbergs berhubung dana itu, dibatalkan.

Jurucakap Zuckerberg menafikan dakwaan aduan itu dan memetik keputusan sebulat suara Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan bahawa dana kepada CTCL dan CEIR tiada unsur politik. 

Sumber : Just The News

Author