Connect with us

Antarabangsa

Berhenti kerja di Google kerana syarikat bersekongkol dengan rejim Israel

Seorang kakitangan Google, Ariel Koren bertekad berhenti kerja kerana mendakwa syarikat gergasi itu mengenepikannya dan pekerja-pekerja lain yang menyokong Palestin secara terbuka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Berhenti kerja di Google kerana syarikat itu bersekongkol dengan rejim Israel
Foto: Bekas kakitangan Google, Ariel Koren.
  • Ariel Koren, kakitangan Google selama lebih tujuh tahun, bertekad berhenti kerja kerana syarikat gergasi teknologi itu mengenepikan suara pekerja-pekerjanya yang menyokong Palestin secara terbuka. 
  • Koren merupakan salah seorang pekerja Google yang menentang Projek Nimbus hasil kolaborasi antara Google, Amazon dan Kerajaan Israel bersama angkatan tenteranya.
  • Melalui Projek Nimbus bernilai USD1.2 bilion, sistem simpanan maklumat (cloud) binaan Google dan Amazon akan menghasilkan sistem kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) serta alatan pembelajaran mesin bagi kegunaan kerajaan Israel dan tenteranya.
  • Koren mendakwa tindakan Google mendiamkan dia dan rakan-rakannya itu bertujuan “melindungi kepentingan perniagaan bersama kerajaan dan tentera Israel”.
  • “Daripada mendengar pendapat pekerja yang mahukan Google mematuhi prinsip etikanya, Google lebih mengejar kontrak ketenteraan dan menyisihkan suara pekerjanya dengan mendiamkan saya dan beberapa pekerja lain,” kata Koren.

Seorang kakitangan Google, Ariel Koren bertekad berhenti kerja kerana mendakwa syarikat gergasi itu mengenepikannya dan pekerja-pekerja lain yang menyokong Palestin secara terbuka.

“Daripada mendengar pendapat pekerja yang mahukan Google mematuhi prinsip etikanya, Google lebih mengejar kontrak ketenteraan dan menyisihkan suara pekerjanya dengan mendiamkan saya dan beberapa pekerja lain,” kata Koren melalui sepucuk surat yang ditujukan kepada rakan kerjanya di Google.

Lebih tujuh tahun berkhidmat di Google, Koren merupakan salah seorang dari dua pekerja yang menentang Projek Nimbus yang bernilai USD1.2 bilion membabitkan kolaborasi Google, Amazon dan Kerajaan Israel serta tenteranya. 

Koren berkata semasa keganasan Israel sedang berleluasa di Palestin pada Mei 2021 sehingga banyak nyawa terkorban, Google mengumumkan keterlibatannya di dalam Projek Nimbus.

Melalui Projek Nimbus, sistem simpanan maklumat (cloud) binaan Google dan Amazon akan menghasilkan sistem kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) serta alatan pembelajaran mesin bagi kegunaan kerajaan Israel dan tenteranya.

“Secara konsistennya saya perasan, dari menyokong pendapat pekerja untuk menjadikan Google sebuah syarikat yang lebih beretika, mereka memilih untuk melenyapkan suara-suara rakyat Palestin, Yahudi, Arab dan Muslim yang menzahirkan rasa bimbang tentang keterlibatan Google dalam pencabulan hak asasi manusia di Palestin sehingga ia sedikit sebanyak mempengaruhi pekerja serta mencipta persekitaran membimbangkan,” katanya.

Bekas pekerja syarikat gergasi teknologi itu mendakwa tindakan Google mendiamkan dia dan rakan-rakannya itu atas dasar “melindungi kepentingan perniagaan bersama kerajaan dan tentera Israel,” 

Bagi menjustifikasikan tindakan mendiamkan beberapa pekerja yang menyokong Palestin, Koren mendakwa Google menggunakan kepelbagaian kaum, hak sama rata dan sistem sumber kumpulan pekerja sebagai alasan.

Sumber: Insider

Author