Antarabangsa
[VIDEO] Tekad sokong Palestin, Bella Hadid tidak takut kehilangan kerjaya modellingnya
Supermodel kacukan Belanda-Palestin, Bella Hadid menegaskan yang dia tidak takut kehilangan kerja ‘modelling’ demi meneruskan sokongannya kepada Palestin.
- Supermodel kacukan Belanda-Palestin, Bella Hadid tidak takut kehilangan kerja sebagai seorang model demi meneruskan sokongannya terhadap Palestin.
- “Banyak syarikat sudah menghentikan kerjasama mereka dengan saya… Ada juga kawan-kawan yang sudah mula menjauhi saya,” katanya dalam temubual bersama aktor Mesir-Amerika, Ramy Youssef untuk majalah GQ.
- Bella, 25, turut mendedahkan tentang latar belakang Islam dan Arabnya serta sokongannya yang berterusan kepada perjuangan Palestin.
- “Saya ingin membesar bersama ayah di sisi setiap hari dan belajar untuk lebih mendalami Islam serta mengamalkan gaya hidup seorang Muslim secara normal. Tetapi itu bukanlah apa yang saya dapat,” kata supermodel pro-Palestin itu.
Supermodel kacukan Belanda-Palestin, Bella Hadid menegaskan yang dia tidak takut kehilangan kerja ‘modelling’ demi meneruskan sokongannya kepada Palestin.
Dalam satu temubualnya bersama pelakon Mesir-Amerika, Ramy Youssef untuk majalah GQ, model berusia 25 tahun itu mendedahkan tentang latar belakang Islam dan Arabnya serta sokongan berterusannya kepada perjuangan Palestin.
“Banyak syarikat sudah menghentikan kerjasama mereka dengan saya… Ada juga kawan-kawan yang sudah mula menjauhi saya,” katanya.
Bella turut berkongsi kisah penceraian ibu bapanya pada 2000 semasa dia terpaksa berpindah ke California dan merasa bagaikan “tersingkir” dari keluarga Palestinnya.
“Sudah lama saya merindui sisi hidup saya yang itu (asal usulnya sebagai warga Palestin) dan saya sangat sedih dan sunyi,” katanya ditanya mengenai asal usul keturunannya.
“Saya ingin membesar bersama ayah di sisi setiap hari dan belajar untuk lebih mendalami Islam serta mengamalkan gaya hidup seorang Muslim secara normal. Tetapi itu bukanlah apa yang saya dapat,” kata supermodel pro-Palestin itu.
Sepertimana warga Palestin lain yang menjadi pelarian, keluarga bapanya melarikan diri dari Palestin pada 1948 selepas diusir rejim zionis.
Umat Islam mengenai insiden berlaku pada 1948 itu merujuk kepada peristiwa “Nakba” di mana lebih 700,000 rakyat Palestin diusir keluar dari negara mereka serta 500 kampung dimusnahkan rejim zionis haram.
Mengulas mengenai bagaimana sokongan terhadap Palestin mempengaruhi kerjayanya, Bella berkata, “saya sedar bahawa saya tidak dilahirkan untuk menjadi model semata-mata. Saya berasa amat bertuah berada dalam kedudukan saya sekarang yang bebas menyuarakan pendapat serta membuat sesuatu tindakan. Lagipun, apa itu kejatuhan? Setakat kehilangan kerjaya sahaja?
“Apabila bercakap tentang Palestin, saya akan dilabel seperti sesuatu yang bukan diri saya. Tetapi jika saya bercakap tentang sesuatu (kezaliman) yang berlaku di tempat lain, saya akan disanjung pula. Jadi, apa perbezaannya?,” katanya.
Sumber: Land Palestine
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar