Connect with us

Terkini

“Tidak akan ada kerjasama dengan PH” – Naib Presiden Pas

Pas tetap dengan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Wartawan TMT

Published

on

“Tidak akan ada kerjasama dengan PH” - Naib Presiden Pas
Foto: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
  • “Pas amat konsisten untuk tidak bersama PH. Kita tidak ada sebarang kompromi dan tak akan ada sebarang kerjasama dengan PH.” – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
  • “Sekiranya (Bersatu berminat). Kita perlu lihat dahulu perkara ini kerana soalan berkaitan hypothetical ini tidak boleh dijawab sekarang. Kita perlu tunggu dahulu.”
  • Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, semua pimpinan parti pembangkang perlu pertimbangkan buka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU-15 adalah BN.
  • Ia bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.

KUALA TERENGGANU – Pas tetap dengan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini keputusan untuk tidak bersama PH kekal dan tidak berubah.

“Setakat yang saya faham, Pas amat konsisten untuk tidak bersama PH. Kita tidak ada sebarang kompromi dan tak akan ada sebarang kerjasama dengan PH.

“Jika ada perbincangan, kita akan utarakan pandangan kita itu dan kita akan bertegas dengan pandangan demikian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri acara ‘flag off’ Kembara Beret Hijau siri 2/022 di pekarangan jambatan angkat di sini pada Selasa.

Ketika ditanya sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berminat untuk bekerjasama dengan PH, Ahmad Samsuri berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk dijawab.

“Sekiranya (Bersatu berminat). Kita perlu lihat dahulu perkara ini kerana soalan berkaitan hypothetical ini tidak boleh dijawab sekarang. Kita perlu tunggu dahulu,” katanya.

Pada Konvensyen Perikatan Nasional (PN) di Serdang, Selangor Sabtu lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU-15 adalah BN.

Advertisement

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending