Antarabangsa
Pesakit mental warga Palestin dipenjara rejim Israel, EU gesa bebaskan segera!
Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa lalu menggesa pembebasan segera Ahmad Manasra, remaja Palestin yang baru berusia 13 tahun ketika dia ditahan rejim zionis Israel pada 2015, demikian laporan Arab News.

- Kesatuan Eropah (EU) menggesa Israel membebaskan segera Ahmad Manasra, 21.
- Ini kerana tahanan Palestin itu yang ditahan ketika berusia 13 tahun pada 2015 mengalami masalah mental, termasuk didiagnos dengan penyakit skizofrenia.
- “Kita risau akan keberadaannya dalam kurungan bersendirian sejak November 2021 yang juga mengalami masalah mental serius. Ahmad harus dibebaskan dengan segera untuk mendapat rawatan kesihatan mental dan khidmat kaunseling,” kata delegasi EU melalui ciapan di Twitter pada Selasa lalu.
- Sebagai negara yang menandatangani Konvensyen Geneva Berkaitan Hak Kanak-kanak, Israel “mempunyai kewajipan untuk menegakkan perjuangannya terhadap hak asasi manusia dan perlindungan kanak-kanak”.
Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa lalu menggesa pembebasan segera Ahmad Manasra, remaja Palestin yang baru berusia 13 tahun ketika dia ditahan rejim zionis Israel pada 2015, demikian laporan Arab News.
Wakil EU di Tebing Barat dan Gaza, Sven Kühn von Burgsdorff bertemu dengan keluarga Manasra yang kini sudah berumur 21 tahun, demikian menurut ciapan delegasi EU kepada warga Palestin.
“Kita risau akan keberadaannya dalam kurungan bersendirian sejak November 2021 yang juga mengalami masalah mental serius. Ahmad harus dibebaskan dengan segera untuk mendapat rawatan kesihatan mental dan khidmat kaunseling,” demikian ciapan di Twitter itu.
Pada awal bulan ini, Mahkamah Israel melanjutkan hukuman kurungan bersendirian ke atas Manasra sehingga November 2022 ketika peguamnya menyatakan akan membuat permohonan rayuan.
Manasra menghadapi masalah kesihatan mental, termasuk didiagnos dengan penyakit skizofrenia.
Delegasi EU berkata, sebagai negara menandatangani Konvensyen Geneva Berkaitan Hak Kanak-kanak, Israel “mempunyai kewajipan untuk menegakkan perjuangannya terhadap hak asasi manusia dan perlindungan kanak-kanak”.
Ini termasuk “menjamin perbicaraan yang adil ke atas kanak-kanak dan hukuman berkadar selaras dengan piawaian antarabangsa di bawah sistem keadilan kanak-kanak”.
Manasra pada awalnya dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun ketika dia berusia 14 tahun iaitu pada 2016, namun hukuman itu kemudiannya dikurangkan kepada sembilan tahun lima bulan.
Manasra dilanggar kereta polis Israel dan kemudiannya dipukul beramai-ramai pendatang haram Yahudi sebelum dia ditahan.
Sumber: Palestine Chronicle
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah