Terkini
Pegawai JIM diherdik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPISM tuntut permohonan maaf
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen mendakwa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menengking Ketua Operasi Imigresen KLIA dan mengarahnya berdiri tegak di tengah khalayak ramai.

- Ketua Pengarah Jabatan Imigresen mendakwa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menengking Ketua Operasi Imigresen KLIA dan mengarahnya berdiri tegak di tengah khalayak ramai.
- Antara kata- kata yang dikeluarkan oleh KPPA kepada pegawai tersebut; “Kenapa sorok tangan, ada receive anything ke? Do you know who am I? I am KPPA. Berdiri tegak, stand straight now.”
- Kejadian itu didakwa berpunca daripada ketiadaan pegawai JIM di kaunter Bilik Orang Kenamaan (VIP), Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sepatutnya bertugas 24 jam.
- Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) tuntut permohonan maaf daripada KPPA.
- Sikap yang mahukan layanan VVIP menunjukkan individu berkenaan pentingkan diri serta tidak cakna dengan kesusahan rakyat dan orang awam yang sabar beratur menunggu giliran dalam melepasi pemeriksaan di kaunter biasa.
- Terbaharu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan kejadian itu dan mengarahkan Jabatan Imigresen (JIM) menjalankan siasatan dalaman.
KUALA LUMPUR – “Do you know who am I? I am KPPA. Berdiri tegak, stand straight now.” Demikian tengkingan yang didakwa dilakukan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) terhadap Pegawai Kanan Imigresen di KLIA yang sedang tular dalam insiden di KLIA semalam.
Dalam satu kenyataan dipetik daripada Malaysia Dateline, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen menceritakan bagaimana insiden itu berlaku:
Kejadian itu berlaku pada pada 3 Ogos 2022, antara jam 8.40 pagi ke 9.40 pagi di KLIA.
KPPA menaiki pesawat MH0752 ke Vietnam dan menggunakan Bilik Orang Kenamaan (VIP) KLIA.
Insiden bermula apabila tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA. Sememangnya, pegawai tidak ditempatkan di sini 24 jam kerana mereka bertugas di kaunter biasa. Pegawai akan datang setelah pemakluman dibuat.
Sejurus itu, Ketua Operasi Imigresen KLIA, Ketua Penolong Penguasa (KPP 48) James Lee telah dipanggil, ditengking, dan diminta supaya berdiri tegak di tengah khalayak ramai.
Antara kata- kata yang dikeluarkan oleh KPPA kepada pegawai tersebut;
“Kenapa sorok tangan, ada receive anything ke?”;
“Do you know who am I? I am KPPA”;
“Berdiri tegak, stand straight now”;
“Kata-kata di atas telah dilepaskan dalam nada menengking sehingga membuatkan Pegawai Imigresen saya yang berpakaian tugas rasmi berasa terhina di depan khalayak ramai dan menitiskan air mata,” kata kenyataan itu.
KPP James Lee juga merasakan beliau telah dibuli dan dimalukan di hadapan orang ramai, apatah lagi di hadapan pegawai-pegawai beliau sendiri sepanjang perjalanan dari kaunter Imigresen ke Bangunan Satelit, KPP James Lee.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, KPP James Lee adalah seorang pegawai yang cekap, berhemah dan sentiasa menjawab panggilan telefon walaupun di tengah malam dan hari cuti.
Selaku Ketua Operasi, tugas KPP James Lee adalah memastikan urusan keluar masuk penumpang antarabangsa di KLIA berjalan lancar. Tugas ini telah dilaksanakan dengan berkesan.
Dalam pada itu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menyelar tindakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak profesional.
Presiden KPISM Khairil Niza Khairuddin berkata, tindakan berkenaan juga dianggap biadab dan tidak menghormati entiti perkhidmatan awam itu sendiri, memetik Harian Metro.
Khairil Niza berkata, sikap pegawai tertinggi berkenaan yang mahukan layanan VVIP juga menunjukkan sikap pentingkan diri serta tidak cakna dengan kesusahan rakyat dan orang awam yang sabar beratur menunggu giliran dalam melepasi pemeriksaan di kaunter biasa.
“Pegawai yang ditengking serta diperlakukan sedemikian adalah seorang pegawai yang cekap, berhemah dan sentiasa responsif dengan sebarang situasi di tempat kerja.
“Kejadian ini amat mengguris hati pegawai JIM lain keseluruhannya dan permohonan maaf perlu dibuat secara terbuka, selain menjadi contoh yang baik kepada penjawat awam dan rakyat,” katanya.
Terbaharu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan kejadian yang tular membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dengan seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam.
Bagaimanapun, ketika ditanya apa sebenarnya yang berlaku, Hamzah mengakui tidak tahu punca sebenar namun sudah memberi arahan kepada Jabatan Imigresen (JIM) supaya menjalankan siasatan dalaman susulan kejadian itu.
Beliau juga sudah memanggil Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian yang tular itu.
Sumber : Harian Metro, Malaysiadateline
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/868025/menteri-arah-siasat-kejadian
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China