Connect with us

Antarabangsa

Nazem Kadri, pemain Muslim pertama NHL julang Piala Stanley, bawa piala ke masjid

Sejarah tercipta apabila Pemain Liga Hoki Nasional (NHL), Nazem Kadri membawa Piala Stanley ke sebuah masjid di Ontario iaitu kali pertama trofi berprestij itu dibawa ke rumah ibadat Muslim.

Wartawan TMT

Published

on

Nazem Kadri, pemain Muslim pertama NFL julang Piala Stanley, bawa piala ke masjid
Foto: Nazem Kadri, dengan bangga menjulang Piala Stanley ke sebuah masjid di Ontario.
  • Nazem Kadri, 31, melakar sejarah menjadi pemain hoki Muslim dalam Liga Hoki Nasional (NHL) memenangi Piala Stanley.
  • Pemain penyerang itu menjulang Piala Stanley bersama pasukan Colorado Avalanche pada Jun lalu.
  • Nazem meraikan kemenangan dengan membawa piala berprestij itu ke Masjid Muslim London yang pernah beliau kunjungi ketika masih kecil di mana ia merupakan kali pertama Piala Stanley dibawa ke rumah ibadat Muslim.
  • Tradisi sukan hoki menetapkan setiap ahli pasukan diberi peluang selama sehari bersama Piala Stanley.

Sejarah tercipta apabila Pemain Liga Hoki Nasional (NHL), Nazem Kadri membawa Piala Stanley ke sebuah masjid di Ontario iaitu kali pertama trofi berprestij itu dibawa ke rumah ibadat Muslim.

Penyerang berusia 31 tahun itu, yang memenangi Piala Stanley dengan pasukan Colorado Avalanche pada Jun lalu, membawa trofi itu ke Masjid Muslim London yang pernah beliau kunjungi ketika masih kecil.  

Nazem, yang berhijrah ke Kanada bersama keluarganya dari Lubnan pada 1968, adalah pemain hoki Muslim dan juga pemain Lubnan-Kanada pertama memenangi piala berprestij itu.

“Menjadi orang pertama dengan pencapaian ini adalah satu keistimewaan dan penghormatan bagi diri, komuniti dan kampung halaman saya,” katanya kepada GlobalNews dipetik New York Post.

Tradisi sukan hoki menetapkan setiap ahli pasukan diberi peluang selama sehari bersama Piala Stanley.

Selain melawat masjid terbabit, Nazem dan Piala Stanley diarak menaiki trak bomba melalui bandar terus ke taman, di mana warga London, Ontario itu dianugerahkan ‘kunci kepada bandar’ terbabit, simbolik kepercayaan dianugerahkan kepada penerima.

“Ini sebahagian dari latar belakang saya, sebahagian sejarah dan juga sebahagian diri saya. Ada sebab mengapa saya membawa piala ini ke sini, sesungguhnya komuniti saya berhak menerimanya. Mereka sentiasa menyokong saya dari awal jadi saya mahu kongsikan dengan semua orang,” katanya kepada NHL.com. 

Nazem, yang bermain dalam kecederaan semasa perlawanan akhir Piala Stanley, kini bebas bermain dengan mana-mana pasukan pilihannya. Terkini, pada awal bulan ini, beliau bersetuju bermain bersama Calgary Flames untuk tempoh tujuh tahun dengan bayaran USD49 juta. 

Sumber: New York Post

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending