Connect with us

Terkini

Mansuh UPSR dan PT3 bagi tarik minat pelajar kepada subjek Sains – Menteri Pendidikan

Pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibuat untuk mendedahkan murid sekolah rendah meminati pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara semulajadi.

Wartawan TMT

Published

on

pendidikan stem di sekolah rendah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemansuhan UPSR, PT3 dibuat untuk mendedahkan murid sekolah rendah meminati pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara semulajadi.
  • Ia bertujuan memberi peluang kepada murid-murid meneroka dan tidak takut kepada subjek sains.
  • Menurut, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, ketika ini kebanyakan murid beranggapan mata pelajaran sains sukar, sekali gus menyebabkan mereka tidak mengikuti bidang berkenaan apabila memasuki peringkat sekolah menengah nanti.

KUALA LUMPUR – Pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibuat untuk mendedahkan murid sekolah rendah meminati pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara semulajadi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pendekatan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid meneroka dan tidak takut kepada subjek sains.

“Kita lihat minat dalam bidang STEM ini semakin hari semakin berkurangan dan jika biarkan perkara ini berlaku sedangkan dunia bersaing pada bidang teknologi tetapi minat murid-murid (di Malaysia) berkurangan.

“Maka kita akan terkebelakang dalam konteks pembangunan khususnya apabila bersaing dalam konteks inovasi dan teknologi. Sebab itu kita lihat pemansuhan UPSR dan PT3 ini dapat mendedahkan murid di peringkat sekolah rendah supaya minat kepada sains secara semulajadi.

“Kita mahu supaya minat mereka datang dan ingin membuat satu eksplorasi yang lebih mendalam bagi membolehkan apabila dia naik ke peringkat sekolah menengah dia tidak takut kepada subjek sains,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang bertanyakan bagaimana strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menarik minat pelajar menyambung pengajian dalam bidang sains bagi memastikan keperluan pakar di Malaysia tidak terjejas pada masa depan.

Tambahnya, ketika ini kebanyakan murid beranggapan bahawa mata pelajaran sains adalah sukar, sekali gus membuatkan mereka memilih untuk tidak mengikuti bidang berkenaan apabila memasuki peringkat sekolah menengah nanti.

Advertisement

“Sebab itulah, antara pendekatan kita mansuhkan UPSR dan PT3 untuk kita kukuhkan mata pelajaran STEM pada peringkat sekolah rendah lagi supaya apabila mereka memasuki sekolah menengah mereka akan minat bidang sains,” katanya.

Sumber  : Sinar Harian 

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending