Terkini
Isu tokong haram: Gubal garis panduan pembinaan tokong kecil, kata YB PKR
Kerajaan digesa untuk menyeragamkan garis panduan pembinaan rumah ibadat dengan mengambil kira unsur agama dalam pembinaan tokong-tokong kecil yang tidak dikawal selia pembinaannya di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Khai.

- Kerajaan digesa seragam garis panduan pembinaan rumah ibadat dengan ambil kira unsur agama dalam pembinaan tokong kecil yang tidak dikawal selia pembinaannya di seluruh negara
- Berdasarkan peraturan sedia ada, kawalan premis ibadat tokong di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya tertumpu kepada pembinaan tokong besar dan tidak mempunyai garis panduan yang dikhususkan bagi pembinaan tokong kecil.
- Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD) ada meletakkan garis panduan untuk rumah ibadat, tetapi tidak meliputi semua aspek.
- “Ini menyebabkan pembinaan itu dikategorikan sebagai ‘haram’ sedangkan masih tiada prosedur yang jelas untuk ‘legalise’,” – Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai.
KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk menyeragamkan garis panduan pembinaan rumah ibadat dengan mengambil kira unsur agama dalam pembinaan tokong-tokong kecil yang tidak dikawal selia pembinaannya di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Khai.
Berdasarkan peraturan sedia ada, kawalan premis ibadat tokong di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya tertumpu kepada pembinaan tokong besar dan tidak mempunyai garis panduan yang dikhususkan bagi pembinaan tokong kecil.
Chan berkata garis panduan yang ditetapkan PBT berkenaan pembinaan tokong hanya selaras dengan perancangan semata-mata.
Katanya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD) ada meletakkan garis panduan untuk rumah ibadat, tetapi tidak meliputi semua aspek.
“Ini kerana kekurangan pemahaman perbezaan dan intipati agama masing-masing, maka polisi yang diletakkan dalam garis panduan tidak mengambil kira unsur-unsur agama bukan Islam, maka berlakunya masalah tokong (haram) sebegini.
“Contohnya isu pembinaan tokong di Damansara Damai, seperti di semua tempat dan semua PBT. Ini adalah jenis tokong dalam agama tradisi cina yang merupakan tokong yang menjaga keselamatan dan kesejahteraan kawasan tempatan di situ (mengikut kepercayaan orang cina).
“Sesetengah tokong besar tidak bergabung dengan tokong kecil di tepi jalan kerana setiap tokong berbeza dan membawa peranan berlainan,” katanya kepada The Merdeka Times (TMT) ketika dihubungi di sini.
Beliau mengulas mengenai aduan diterima TMT mengenai pembinaan ‘tokong haram’ dibina di kompleks beli belah Season Square, Damansara Damai berhadapan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tidak diambil tindakan pihak berwajib.
Pengadu melalui klip video diterima TMT mendakwa tokong yang dibina di tengah-tengah kawasan jalan raya berdekatan kompleks beli belah dan kedai-kedai boleh menyebabkan kesukaran kepada orang ramai.
Mengulas lanjut, Chan berkata pembinaan rumah ibadat hanya wujud (dibina) di kawasan tempatan sebagai dewa yang menjaga kawasan itu.
Katanya, buat masa ini tiada sebarang garis panduan mengambil kira intipati dalam konteks agama dan ia tidak termaktub dalam peraturan atau undang-undang kecil yang merizabkan tanah bagi tujuan pembinaan tokong kecil terbabit.
“Ini menyebabkan pembinaan itu dikategorikan sebagai ‘haram’ sedangkan masih tiada prosedur yang jelas untuk ‘legalise’,” katanya.
Chan turut mencadangkan Kementerian Perpaduan mewujudkan modul sensitiviti agama yang boleh dirujuk PBT dalam menggubal polisi dan peraturan berkaitan
Sehingga kini aktiviti pembinaan rumah ibadat atau tokong-tokong kecil tanpa kelulusan pihak berwajib masih berlaku, sekali gus dibantah penduduk setempat yang tidak bersetuju dengan pembinaannya. – The Merdeka Times.
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China