Antarabangsa
[VIDEO] Israel tidak lakukan apartheid, kata Canselor Jerman
Canselor Jerman, Olaf Scholz menolak penggunaan istilah ‘apartheid’ oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menggambarkan hubungan Israel-Palestin.

- Canselor Jerman, Olaf Scholz menolak penggunaan istilah ‘apartheid’ oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menggambarkan hubungan Israel dan Palestin dalam sidang akhbar di Berlin.
- “Tiada seorang pun di dunia ini yang menerima apartheid dan pendudukan (Israel) yang kekal selama-lamanya, Palestin dijajah selama 77 tahun,” kata Abbas.
Canselor Jerman, Olaf Scholz menolak penggunaan istilah ‘apartheid’ oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menggambarkan hubungan Israel-Palestin.
Abbas menyifatkan cara rakyat Palestin dilayan rejim Israel sebagai “apartheid,” mendorong Scholz segera menjauhkan diri daripada komen itu.
“Sememangnya kami mempunyai penilaian yang berbeza dengan pandangan politik Israel dan saya ingin nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong penggunaan perkataan apartheid dan saya merasakan ia bukanlah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan situasi,” kata Scholz semasa sidang akhbar bersama Abbas di Berlin.
“Tiada seorang pun di dunia ini yang menerima apartheid dan pendudukan yang kekal selama-lamanya, Palestin dijajah selama 77 tahun,” kata Abbas ketika lawatan negara bagi meminta pengiktirafan negara Palestin.
“Sejak 1947 hingga kini, Israel telah melakukan 50 pembunuhan beramai-ramai di kampung dan bandar Palestin di Deir Yassin, Tantura, Kafr Qasim dan banyak lagi,” kata Abbas.
Sumber: Middle East Eye
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China