Connect with us

Antarabangsa

Hina Nabi Muhammad SAW, penggubal undang-undang India dari BJP ditahan polis

Seorang penggubal undang-undang India dari parti nasionalis Hindu, Parti Bhartiya Janata (BJP) ditahan kerana membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan protes besar-besaran di Hyderabad, Telangana, malam Isnin lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

Hina Nabi Muhammad SAW, penggubal undang-undang India dari BJP ditahan polis
Foto: Thakur Raja Singh yang ahli dewan undangan negeri dari BJP ditangkap pagi semalam.
  • Seorang penggubal undang-undang dari parti nasionalis Hindu, Parti Bhartiya Janata (BJP) ditahan kerana membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dalam sebuah rakaman video.
  • Thakur Raja Singh yang ahli dewan undangan negeri dari BJP ditangkap pagi semalam.
  • Sejurus video hina nabi itu dikeluarkan Isnin lalu, protes besar-besaran tercetus di beberapa kawasan di Hyderabad.
  • Jurucakap BJP, Nupur Sharma sebelum ini turut membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW di TV, mengundang kecaman meluas Muslim di seluruh dunia selain menyaksikan produk India diboikot di beberapa negara.

Seorang penggubal undang-undang India dari parti nasionalis Hindu, Parti Bhartiya Janata (BJP) ditahan kerana membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan protes besar-besaran di Hyderabad, Telangana, malam Isnin lalu. 

Menurut polis Hyderabad, Thakur Raja Singh yang juga ahli dewan undangan negeri dari BJP ditahan pagi semalam selepas beberapa laporan kes dibuat ke atasnya di beberapa lokasi berbeza di bandar itu.

“Kami sudah menahannya. Maklumat lanjut akan dikongsi nanti,” kata pegawai kanan polis di Hyderabad, Joel Davis dipetik media TRT. 

Isnin lalu, ahli BJP itu mengeluarkan video yang menunjukkan dirinya membuat komen menghina Nabi Muhammad SAW.

Sejurus video itu dikeluarkan, protes tercetus di beberapa kawasan di Hyderabad pada Isnin malam menuntut agar tindakan diambil terhadap ahli BJP itu.

Baru-baru ini, jurucakap BJP, Nupur Sharma membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW semasa perbahasan di sebuah rancangan televisyen yang mengundang kecaman meluas dalam kalangan Muslim di seluruh dunia.

Kenyataan Nupur Sharma itu ditentang Kerajaan India dan partinya yang bertindak menggantung tugasnya.

Seorang lagi jurucakap BJP, Naveen Kumal Jindal dipecat dari parti selepas membuat komen di media sosial yang menunjukkan sokongannya terhadap Nupur Sharma yang jelas menentang Islam.

Berikutan kenyataan mereka, perhimpunan besar-besaran diadakan di seluruh negara itu.

Lebih sedozen negara majoriti Islam dan pertubuhan antarabangsa mengecam kenyataan kontroversi oleh ahli BJP itu yang turut menyaksikan produk India diboikot di beberapa negara.

Sumber: TRT World

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending