Terkini
Empat hari portal aduan buli dilancarkan,19 aduan diterima – KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan menerima sebanyak 19 aduan berkaitan kes buli melalui portal aduan yang dilancarkan baru-baru ini.

- Jumlah tersebut (19 aduan) merupakan data terkini yang diterima KPM selepas pelancaran portal aduan buli pada 18 Ogos lalu.
- Jumlah itu melibatkan 16 aduan daripada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM dan tiga lagi daripada aplikasi WhatsApp.
- Kementerian sedang membuat penelitian sebelum mengambil tindakan sewajarnya berhubung aduan yang diterima.
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan menerima sebanyak 19 aduan berkaitan kes buli melalui portal aduan yang dilancarkan baru-baru ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, jumlah itu melibatkan 16 aduan diterima daripada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM dan tiga lagi daripada aplikasi WhatsApp.
Menurutnya, kementerian sedang membuat penelitian sebelum mengambil tindakan sewajarnya berhubung aduan yang diterima.
“Melalui e-mel setakat ini kita masih belum menerima sebarang aduan atau maklum balas, manakala menerusi talian khas aduan buli kita terima sebanyak lima panggilan yang berkaitan dengan pertanyaan, bukan aduan.
“Melalui telefon bimbit pula, terdapat dua panggilan pertanyaan dan WhatsApp ada 10 pertanyaan dan tiga aduan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pelantar Pembelajaran Digital Kementerian Pendidikan Malaysia Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) di sini pada Isnin.
Mohd Radzi menjelaskan, jumlah tersebut merupakan data terkini yang diterima KPM selepas pelancaran portal aduan buli pada 18 Ogos lalu.
Ujarnya, ibu bapa khususnya dan pemegang taruh dalam sektor pendidikan melihat portal berkenaan sebagai satu platform yang boleh digunakan bukan sahaja untuk membuat aduan tetapi juga pertanyaan dan menyalurkan maklumat.
“Yang paling penting, kita mahu setiap aduan tersebut dibuat dengan maklumat lengkap yang membolehkan kita membuat siasatan lanjut supaya proses ini menjadi lebih cekap dan berkesan,” katanya.
Ditanya mengenai statistik aduan yang diterima, beliau memaklumkan tidak mempunyai data terperinci mengenai lokasi sekolah yang terlibat dengan kes buli yang dilaporkan dalam portal.
“Kita tidak menganaktirikan sama ada sekolah bandar atau luar bandar.
“Yang penting satu sistem diwujudkan dan sekiranya terdapat kes-kes berlaku yang perlu dilaporkan secara terus, kita ada laporan tersebut.
“Isu buli tidak kenal bandar, luar bandar atau negeri mana. Yang penting, sistem ini memberi impak yang optimum dan maklumat akan sampai kepada kementerian secepat mungkin dan kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel