Connect with us

Terkini

“Rakyat Sabah perlu gesa kerajaan selesaikan isu Kesultanan Sulu” – Datuk Seri Anifah Aman

Rakyat Sabah diminta bersatu menggesa kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara berikutan isu rampasan aset Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Azerbaijan oleh waris Kesultanan Sulu.

Wartawan TMT

Published

on

rakyat sabah - datuk seri anifah
Foto: Bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.
  • Rakyat Sabah diminta gesa kerajaan pertahankan kedaulatan negara.
  • Bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman berpandangan Sabah merupakan tunjang kepada tuntutan tersebut.
  • Rakyat berhak tahu keseluruhan cerita berkenaan isu ini.
  • Beliau turut menegaskan usul berkenaan isu ini tetap perlu dibahaskan di Parlimen kerana rakyat mahukan penjelasan.

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah diminta bersatu menggesa kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara berikutan isu rampasan aset Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Azerbaijan oleh waris Kesultanan Sulu.

Seruan itu dibuat oleh bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman kerana menurutnya tunjang tuntutan tersebut terkait dengan Sabah.

Tegas beliau, sekalipun kabinet menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat dan Petronas telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa asetnya dilupuskan dan dikembalikan, namun rakyat tetap berhak mengetahui keseluruhan cerita itu.

“Rampasan dibuat berdasarkan dakwaan tuntutan terhadap Sabah yang kita tidak iktiraf.”

Menurutnya, kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa aset tersebut boleh dirampas adalah kerana wujud campur tangan asing yang tidak menghormati kedaulatan dan mengiktiraf tuntutan terhadap Sabah.

“Apa lagi yang boleh dirampas oleh waris (kesultanan Sulu) ini dengan bantuan negara asing? 

“Bolehkah mereka rampas tanah di Sabah juga?

“Apabila itu terjadi, apa yang akan berlaku kepada rakyat Sabah. Adakah mereka akan menjadi pengemis di tanah sendiri? Kerajaan mesti jelaskan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis menerusi laporan Sinar Harian.

Bekas Ahli Parlimen Kimanis itu berkata, usul mengenai isu tersebut yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis perlu dibenarkan untuk dibahas di Parlimen.

“Memang adalah tidak bijak untuk mendedahkan strategi Malaysia tentang cara menangani isu itu.

“Tetapi berapa lama kita harus berdiam diri mengenai perkara itu?” kata Anifah.

Jelas beliau, rakyat khususnya di Sabah menginginkan kepastian sama ada kedaulatan kita telah dicabul atau tidak dan sama ada kerajaan melakukan segala yang termampu atau tidak untuk mempertahankan kedaulatannya.

“Kami tidak meminta kerajaan mendedahkan perkara sulit semasa perbahasan.

Saya pasti setiap ahli Parlimen tahu bahawa beberapa perkara adalah sulit dan hanya didedahkan kepada ahli kabinet paling kanan,” katanya merujuk kepada kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mempertahankan keputusannya untuk menolak usul itu daripada dibahaskan.

Anifah berkata, sebagai ahli Parlimen, adalah menjadi hak mereka untuk membahaskan isu berkenaan di Parlimen bagi mewakili suara rakyat.

“Saya difahamkan usul itu telah dikemukakan semula kepada pejabat Speaker dan berharap ia dibenarkan untuk dibahas.

“Apa gunanya mengamalkan demokrasi jika persoalan asas berkaitan kedaulatan kita tidak boleh dibahaskan?” soalnya lagi.

Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan isu berkenaan.

“Ini untuk masa depan Sabah.

Kita perlukan jaminan bahawa kerajaan benar-benar memandang serius keselamatan Sabah,” tegasnya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Speaker Dewan Undangan Sabah (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya kekal menolak permohonan usul yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung isu ancaman keselamatan susulan tuntutan waris kesultanan Sulu.

Permohonan supaya usul itu dibahaskan dihantar sekali lagi oleh Shafie pada Selasa lalu selepas ditolak semasa persidangan DUN Sabah Isnin lalu.

Kadzim dalam sidang DUN Sabah pada Khamis berkata, usul itu ditolak mengikut peraturan tetap 23A (2) iaitu mana-mana usul yang ditolak di bawah perenggan satu tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibacakan dalam majlis mesyuarat.

Sumber : Sinar Harian

 

 

Author

Terkini

GISBH: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang – Fahmi Fadzil

Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang.
  • Kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
  • Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Selasa.
  • Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
  • Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat.

PUTRAJAYA — Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“…kita tidak bincang perkara lain seperti isu fatwa di peringkat negeri, sama ada ajaran dibawa kumpulan ini sesat atau tidak. Boleh rujuk kepada fatwa daripada mufti,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu berkaitan GISBH Holdings Sdn Bhd dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending