Ekonomi
Kuota dibatalkan dan lesen ditarik, jika seleweng minyak paket bersubsidi – PM
Tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen yang telah diberikan kepada pengilang dan pembungkus akan diambil dalam usaha menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi.

- Kerajaan mengerahkan pihak penguat kuasa menggempur di peringkat kilang pembungkusan hingga ke sempadan negara bagi memastikan tiada pihak menyeleweng minyak paket bersubsidi.
- Pengilang dan pembungkus berdepan risiko kuota dibatalkan dan lesen ditarik balik jika terlibat dalam penyelewengan.
- Operasi pengauditan dan pemutihan itu meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak paket akan dilaksanakan.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan penguat kuasaan membabitkan KPDNHEP, PDRM & ATM itu bertujuan memastikan peruntukan subsidi minyak masak RM4 bilion tidak tiris, sampai kepada pengguna.
Kuala Lumpur – Kerajaan mengerahkan pihak penguat kuasa untuk menggempur daripada peringkat kilang pembungkusan hingga ke sempadan negara bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan minyak masak paket bersubsidi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya operasi akan dilaksana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu bertujuan memastikan peruntukan subsidi minyak masak RM4 bilion tahun ini untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia tidak tiris dalam setiap peringkat rantaian serta sampai kepada pengguna.
“Tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen yang telah diberikan kepada pengilang dan pembungkus akan diambil dalam usaha menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi.
Kerajaan akan melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif, meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak paket yang beroperasi di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL).
Mesyuarat itu turut dihadiri beberapa Menteri Kabinet serta wakil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM); Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER); Institut Penyelidikan Khazanah (KRI); Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM); Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS); Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA).
Ismail Sabri berkata perangkaan semasa menunjukkan edaran minyak masak paket bersubsidi di dalam negara berjumlah 60,000 tan metrik sebulan adalah melebihi daripada penggunaan isi rumah dalam negara.
Pada 22 Jun lepas, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan mengekalkan subsidi minyak yang telah bermula sejak Jun 2007 bagi minyak masak paket berharga RM2.50 satu kilogram untuk kegunaan Keluarga Malaysia golongan B40, berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM9.00.
Katanya mesyuarat yang menyaksikan lima kertas kerja dibentangkan juga bersetuju sekuriti makanan dijadikan keutamaan dalam konteks Keselamatan Dalam Negeri bagi mengatasi masalah itu yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup Keluarga Malaysia.
Selain itu, katanya kerajaan akan memperhebat Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sepanjang masa dengan jualan barangan keperluan asas pada harga lebih murah yang bakal melibatkan kerjasama strategik bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta diperluas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.
Ismail Sabri berkata program yang akan diterajui bersama KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan turut dilaksanakan dalam konsep bergerak.
“Kerajaan akan turut memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran-restoran koperasi dan kafeteria serta premis jualan makanan di IPT sebagai alternatif bagi mendapatkan hidangan pagi, tengah hari dan malam pada harga yang berpatutan.
“Kerajaan sentiasa mendengar keluhan Keluarga Malaysia dan berusaha untuk memastikan cabaran kos sara hidup dapat dihadapi dengan sebaik mungkin,” katanya.
Sumber: Bernama
Ekonomi
Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
- Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
- “Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
- Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi bahawa ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
Marzuki mendakwa, apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah menunjukkan ekonomi negara gagal diurus dengan cekap oleh kepimpinan kerajaan hari ini.
“Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.
Gabenor BNM, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata perkembangan sederhana pada suku kedua 2023 didorong oleh permintaan luaran yang lebih perlahan.
Mengulas lanjut, beliau berpandangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) perlu lebih kerap mengadakan pertemuan pada setiap minggu, kerana ia disifatkan sebagai platform penting dalam membuat keputusan-keputusan utama mengenai hal ekonomi negara.
Marzuki berkata, menerusi langkah ini, sebarang permasalahan yang membantut pertumbuhan ekonomi dapat diatasi dengan segera, manakala kerajaan dengan sokongan pihak industri bertindak sebagai pemudah cara kepada pemulihan ekonomi.
“Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri dan keanggotaanya termasuk menteri-menteri berkaitan ekonomi, Gabenor Bank Negara dan wakil-wakil industri bermesyuarat setiap minggu.
“Di sinilah indikator-indikator utama ekonomi dipantau dan keputusan-keputusan penting mengenai hala tuju ekonomi negara dibuat dan diambil tindakan segera oleh kerajaan,” tambah Marzuki.
Sumber: Astro Awani
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah