Connect with us

Terkini

Kelab komedi TTDI beroperasi tanpa lesen hiburan sejak 2014

Bernama melaporkan kenyataan dibuat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkenaan isu terbabit pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Datuk Seri Jalaluddin Alias
Foto: Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika memberi keterangan.
  • Kelab komedi Crackhouse yang digantung sementara operasinya oleh DBKL didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014.
  • Premis tersebut perlu memiliki kedua-dua lesen restoran dan hiburan namun hanya mempunyai lesen restoran sahaja.
  • Permohonan lesen hiburan oleh pemilik kelab tidak diluluskan kerana terikat beberapa syarat tertentu yang dikenakan.
  • Laporan berkenaan individu didakwa pemilik premis mempermain serta memperlekehkan bangsa Melayu menerusi video tular persembahan di premis itu diterima oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengesahkan bahawa kelab komedi Crackhouse tidak mempunyai lesen hiburan dan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 17 Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, kelab tersebut telah digantung operasinya buat sementara waktu.

Kenyataan media dari FB Jalaluddin Alias

Bernama melaporkan kenyataan dibuat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkenaan isu terbabit pada Rabu.

“Pemilik premis itu hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras tetapi tiada lesen hiburan, maka DBKL mengambil tindakan menggantung sementara operasi premis dan restoran ini kerana menyalahgunakan lesen diberikan.”

Jelas beliau lagi, setiap premis yang menjalankan perniagaan restoran dan operasi berbentuk hiburan perlu memiliki dua lesen iaitu lesen restoran dan hiburan.

“Berdasarkan rekod, premis itu sudah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017 bagaimanapun lesen diluluskan pada 2018 dan masih sah sehingga kini tetapi hanya untuk operasi restoran dan minuman keras.

Beliau memberitahu bahawa pemilik kelab ada membuat permohonan untuk mendapatkan lesen hiburan tetapi tidak diluluskan. Hal ini kerana terdapat beberapa syarat tertentu dikenakan seperti laporan bomba dan syarat aktiviti hiburan yang hendak diadakan.

Pihaknya tidak boleh memberi persetujuan menyeluruh kepada setiap hiburan.

“Pemilik premis diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan sebelum persidangan jawatankuasa pelesenan DBKL yang bakal diadakan bagi meneliti serta menyiasat perkara tersebut.

“Penggantungan lesen itu boleh dilakukan hingga tempoh maksimum 30 hari sehingga keputusan dibuat”, ujarnya lagi.

Sementara itu, pihaknya turut menerima laporan berkaitan seorang individu yang didakwa sebagai pemilik premis itu yang mempermain serta memperlekehkan bangsa Melayu menerusi video tular persembahan di premis itu.

Bercakap mengenai pendirian DBKL berhubung isu sensitif seperti agama, kaum dan bangsa, pihaknya tidak berkompromi sama sekali.

“Saya sudah meminta pihak penguat kuasa supaya melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini, sekiranya benar, ia menyalahi syarat lesen yang dikeluarkan, tidak mustahil pihak penguat kuasa pelesenan DBKL mengambil tindakan lebih tegas yang boleh membawa kepada penutupan kelab,” katanya.

Masyarakat diminta kekal tenang dan tidak melakukan apa-apa yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber : Bernama

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending