Connect with us

Terkini

Generasi lahir selepas 2005 dilarang beli rokok,vape – Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin berkata, minggu depan akan menjadi pengakhiran kepada aktiviti merokok dalam kalangan generasi belia jika ia diluluskan.

Wartawan TMT

Published

on

khairy jamaluddin
Foto: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
  • Larangan tersebut akan dikuatkuasakan melalui Rang Undang-Undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.
  • Pengenalan akta baharu itu bertujuan mengurangkan generasi akan datang terdedah dengan produk tembakau.
  • Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gesa RUU baharu itu diluluskan.
  • 53 NGO dan badan profesional turut menggesa semua ahli Parlimen menyokong RUU tersebut untuk selesaikan isu ketagihan merokok.
  • Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), berkata jumlah pengguna rokok elektronik meningkat daripada 600,000 orang kepada 1.2 juta orang dalam tempoh tiga tahun.

KUALA LUMPUR – Generasi lahir selepas 2005 tidak akan dibenarkan sama sekali membeli produk tembakau termasuk rokok elektronik (vape).

Kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,  Rang Undang-Undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan akan menjadi pengakhiran kepada aktiviti merokok dalam kalangan generasi belia jika ia diluluskan.

Pada 17 Februari, dalam laporan portal Sinar Harian, Khairy mengumumkan bahawa pengenalan akta tersebut bertujuan mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser serta menyumbang 22 peratus kematian akibat penyakit sama. 

“Mereka yang lahir selepas 2005 tidak akan dibenarkan sama sekali membeli produk tembakau. Ya, penguatkuasaan akan menjadi satu isu dan kami akan berusaha keras dalam hal ini. 

Bagaimanapun, marilah kita menutup ruang untuk golongan belia merokok buat selama-lamanya,” kata beliau yang terus menggesa undang-undang baharu tersebut diluluskan.

Sementara itu, pada 22 Julai media melaporkan sebanyak 53 badan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional turut menggesa semua ahli Parlimen menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan dalam usaha menyelesaikan isu ketagihan merokok.

Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. M Murallitharan meluahkan rasa kecewa dengan respons beberapa ahli Parlimen yang tidak menyokong RUU tersebut seperti dilaporkan menerusi siaran media Code Blue pada Rabu.

Advertisement

Jelas beliau, ketagihan rokok semakin membimbangkan termasuk peningkatan pengguna rokok elektronik (vape) kepada 4.9 peratus pada 2019 berbanding 3.2 peratus pada 2016 yang boleh memberikan kesan besar kepada sosial, kesihatan dan ekonomi negara.

“Ini menjadikan jumlah pengguna rokok elektronik telah meningkat daripada 600,000 orang kepada 1.2 juta orang dalam tempoh tiga tahun dan menimbulkan kebimbangan kepada kami dalam kumpulan profesional, NGO dan aktivis kesihatan.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa pelaksanaan Akta Merokok dan Generasi Penamat (GEG) yang merupakan larangan tabiat merokok bagi golongan remaja yang lahir selepas Januari 2005 mesti disokong di Parlimen,” katanya pada sesi taklimat dan sidang akhbar di NCSM, pada Jumaat.

Tambahnya, sokongan kepada pelaksanaan RUU tersebut dapat mengubah masa depan kesihatan generasi akan datang yang bebas daripada penyakit akibat ketagihan nikotin.

Sumber : Sinar Harian

https://www.sinarharian.com.my/article/212580/BERITA/Nasional/Gesa-sokong-RUU-Kawalan-Tembakau-dan-Merokok

Advertisement

https://www.malaysianow.com/my/news/2022/07/23/jangan-guna-alasan-pasaran-haram-rokok-tidak-sokong-ruu-kata-khairy

 

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending