Terkini
‘Double Jeopardy’ jika dakwa Siti Nuramira di Mahkamah Syariah – Sisters In Islam
Wanita dituduh hina Islam di Mahkamah Sesyen, Siti Nuramira Abdullah, berkemungkinan berhadapan dengan isu double jeopardy sekiranya turut didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan yang sama, kata Sisters in Islam (SIS).

- Isu double jeopardy mungkin timbul sekiranya Siti Nuramira didakwa di Mahkamah Syariah untuk kesalahan sama yang dituduh di Mahkamah Sesyen.
- SIS menggesa jabatan agama Islam untuk tidak mendakwa suspek di Mahkamah Syariah.
- Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan memberi perlindungan dari double jeopardy.
KUALA LUMPUR – Wanita dituduh hina Islam di Mahkamah Sesyen, Siti Nuramira Abdullah, berkemungkinan berhadapan dengan isu double jeopardy sekiranya turut didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan yang sama, kata Sisters in Islam (SIS).
Usai diikat jamin untuk tuduhan hina agama di Mahkamah Seksyen, penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menahan suspek pada hari ini untuk didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 di Mahkamah Syariah kerana menghina, atau membawa kepada penghinaan, dan lain-lain agama Islam.
Siti Nuramira telah didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 13 Julai 2022, di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat, atau memudaratkan pemeliharaan keharmonian atau perpaduan, atas alasan agama.
“Oleh kerana dia sudah didakwa atas kesalahan itu di Mahkamah Sesyen, dia tidak seharusnya didakwa atas kesalahan yang sama di mahkamah lain menggunakan fakta yang sama kerana ini mungkin dikira sebagai double jeopardy.
“Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan memberi perlindungan daripada double jeopardy.
“Dalam keadaan ini, Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah sama antara satu sama lain.
“Seseorang tidak boleh didakwa atas kesalahan yang sama dua kali,” terangnya lanjut.
SIS turut menggesa jabatan agama Wilayah Persekutuan dan kerajaan untuk menghentikan sebarang rancangan untuk mendakwa Siti Nuramira di Mahkamah Syariah.
Sumber: SIS website
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel